Monday, November 3, 2025
24.9 C
Malaysia
spot_img

JAS perlukan 3,000 pegawai tambahan perkukuh pemantauan alam sekitar

The Sun Webdesk

Jabatan Alam Sekitar cadang tambah 3,000 pegawai untuk pemantauan lebih berkesan ke atas 64,000 punca pencemaran di seluruh negara.

KUALA LUMPUR: Jabatan Alam Sekitar (JAS) memerlukan kira-kira 3,000 pegawai tambahan bagi memperkukuh pelaksanaan tugas pemantauan dan penguatkuasaan di seluruh negara.

Ketua Pengarahnya Datuk Wan Abdul Latiff Wan Jaffar berkata cadangan penambahan anggota itu telah dikemukakan kepada kerajaan termasuk Jabatan Perkhidmatan Awam.

Beliau menyatakan cadangan ini merupakan sebahagian pelan pengukuhan organisasi bagi memastikan aspek kawalan pencemaran dan pematuhan undang-undang alam sekitar dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan.

“Kita harap permohonan ini dapat dipenuhi supaya pelaksanaan tugas pemantauan dan penguatkuasaan dapat dipertingkatkan,” katanya pada Sesi Dialog Ketua Pengarah Alam Sekitar bersama pengamal media.

Wan Abdul Latiff berkata JAS ketika ini mempunyai 1,111 pegawai teknikal dan penguat kuasa untuk memantau lebih 64,000 punca pencemaran tetap di seluruh negara.

Angka pencemaran itu tidak termasuk punca pencemaran daripada lebih 33 juta kenderaan bermotor dan 3,000 stesen minyak yang juga berada dalam bidang pemantauan JAS.

Jabatan itu juga menerima lebih 10,000 aduan pencemaran setiap tahun yang memerlukan tindakan pantas dan berterusan.

Berbekalkan jumlah anggota sedia ada, JAS hanya mampu menjalankan kira-kira 20,000 pemeriksaan setahun berbanding keperluan sebenar terhadap 64,000 premis.

Keadaan ini memaksa jabatan tersebut mengutamakan pemeriksaan terhadap premis berisiko tinggi sahaja.

“Antara keutamaan ialah kilang yang pernah dikenakan tindakan, mempunyai rekod aduan, terletak di hulu sumber air, menghasilkan buangan toksik dan berbahaya atau mencatat beban pencemaran tinggi,” jelasnya.

Setiap pasukan penguat kuasa JAS ditetapkan menjalankan kira-kira 16 pemeriksaan sebulan mengikut norma kerja semasa.

Daripada pengiraan ini juga, JAS mendapati keperluan tambahan kira-kira 3,000 pegawai bagi memastikan pemantauan dapat dilaksanakan secara menyeluruh.

JAS turut memperhebat tindakan penguatkuasaan terhadap kegiatan pemprosesan sisa elektrik dan elektronik haram melalui operasi bersepadu bersama Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia.

Untuk tahun ini sahaja, dua operasi besar di bawah Ops Hazard telah dijalankan pada Februari dan Julai dengan fokus kepada premis haram yang memproses e-waste.

Premis haram ini mengimport e-waste secara tidak sah melalui pelabuhan dengan menggunakan deklarasi palsu bagi mengelak sekatan.

“Apabila barangan ini disahkan sebagai e-waste, kita akan keluarkan notis untuk dihantar balik ke negara asal selaras dengan obligasi Malaysia di bawah Basel Convention,” jelas Wan Abdul Latiff.

Kebanyakan e-waste haram ini datang daripada negara maju seperti Amerika Syarikat dan Eropah dan JAS bekerjasama dengan pihak berkuasa negara berkenaan untuk menghantar semula buangan tersebut.

Hasil dua Ops Hazard itu, sebanyak 47 premis haram telah diambil tindakan manakala pelbagai bahan e-waste disita untuk dilucut hak dan dilelong kepada premis berlesen.

Operasi terbaharu dinamakan Ops Dermaga turut dijalankan pada September lepas bersama PDRM bagi membanteras penyeludupan e-waste di pintu masuk utama negara.

“E-waste ini masuk secara haram, diproses di kilang haram dan kebanyakannya pula menggunakan tenaga kerja pendatang tanpa izin,” katanya.

JAS akan menggandakan kerjasama dengan agensi lain supaya kegiatan pemprosesan e-waste haram dapat dibanteras sepenuhnya. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Vinhomes Green Paradise applies to be a participant in the world’s ‘7 wonders of future cities’ global campaign.

CAN GIO, VIETNAM - Media OutReach Newswire - 3 November 2025 - The Can Gio Urban Area Project - Vinhomes Green Paradise - has officially applied to become a Participant in the global "7 Wonders of Future Cities" campaign, launched by the world-renowned New7Wonders organization. By firmly embracing this global initiative, Vinhomes reaffirms its forward-looking vision, positioning Vinhomes Green Paradise not merely as a real estate development but as a world-class symbol that embodies the future of human urban living.

Most Viewed

spot_img

Popular Categories

spot_imgspot_img