the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, November 25, 2025
28.2 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

JAWI siasat jualan komponen motosikal bersimbol lucah

JAWI buka siasatan terhadap pengeluaran dan penggunaan komponen disc brake motosikal bersimbol lucah selepas aduan media sosial

KUALA LUMPUR: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan menyiasat dakwaan pengeluaran dan penggunaan komponen disc brake motosikal bersimbol lucah.

Pengarah JAWI Hanifuddin Roslan berkata tindakan itu diambil susulan video dimuat naik pengguna media sosial bernama Shinji Nagato.

“Sehubungan itu, pihak JAWI akan menjalankan siasatan lanjut dan bekerjasama dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna,” katanya dalam kenyataan.

Beliau memaklumkan lokasi pengeluaran barangan berkenaan masih tidak diketahui setakat ini.

Hanifuddin menegaskan isu ini melibatkan pengeluaran barangan tidak sopan yang bertentangan dengan tatasusila rakyat Malaysia.

JAWI turut menasihati pengeluar dan pengguna agar tidak menggunakan sebarang lambang lucah pada produk mereka.

Video TikTok yang dimaksudkan memaparkan disc brake motosikal bersimbol lucah dan meminta JAWI mengambil tindakan sewajarnya. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

spot_img

Popular Categories