the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, June 28, 2026
31.6 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

JDT berdepan tentangan sebelum tundukkan Tok Gajah

KUANTAN: Kemenangan 2-0 skuad Johor Darul Ta’zim (JDT) ke atas Sri Pahang FC pada saingan Liga Super di Stadium Darul Makmur di sini malam tadi, bukanlah mudah kerana perlu berdepan tentangan hebat sebelum dapat menundukkan skuad Pantai Timur itu.

Ketua Jurulatih JDT Esteban Solari berkata kemenangan itu perlu untuk dijadikan suntikan motivasi tinggi selepas kekalahan kepada kelab Jepun, Kawasaki Frontale pada saingan Liga Juara-Juara AFC baru-baru ini.

“Ia satu perlawanan yang sengit tetapi kami berjaya mengatasinya dengan menguasai permainan dan menghasilkan gol walaupun bermain di atas padang yang kurang baik.

“Separuh masa kedua pula, kami mencipta lebih banyak peluang tetapi malangnya gagal mendapatkan sebarang gol. Apapun perkara lebih penting ialah kami berjaya mendominasi perlawanan dan gawang kami tidak bolos,“ katanya kepada pemberita selepas perlawanan itu.

Pada aksi itu, Heberty Fernandes De Andrade menjaringkan gol pertama pada minit keenam dan Bergson Gustavo Silveira Da Silva mencipta gol kedua pada minit ke-42 untuk memberi kemenangan 2-0 kepada JDT.

Solari juga menyifatkan perlawanan dengan Sri Pahang sebagai persiapan yang baik bagi final Piala Malaysia bertemu Terengganu FC pada 8 Dis ini mengambil kira Tok Gajah merupakan antara pasukan yang kuat dalam saingan Liga Super.

“Sri Pahang memiliki pemain berkualiti di bahagian serangan, tengah dan pertahanan yang mereka berusaha memberikan persembahan 200 peratus apabila bertemu JDT di hadapan penyokong sendiri.

“Tetapi kami semestinya perlu ada mentaliti juara sebagaimana diharapkan oleh kelab dan kemenangan malam ini perlu diteruskan sehingga ke aksi final Piala Malaysia yang dijangkakan lebih sengit,“ katanya.

Sementara itu, pengendali Sri Pahang Fandi Ahmad berkata keputusan perlawanan mungkin berbeza sekiranya mereka tidak melepaskan gol pada awal permainan, namun menyedari anak buahnya telah menampilkan kesungguhan yang tinggi.

“Tetapi saya sangat kesal kerana kami bolos pada minit awal perlawanan walhal kami mampu menyaingi mereka. Saya berpuas hati dengan persembahan Sri Pahang kerana kami berhadapan pasukan yang jauh lebih baik,“ katanya. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

BN blends experience and new faces for Johor polls

Barisan Nasional’s mix of veteran leaders and fresh candidates for the Johor state election is the best formula for governing complex challenges, says Mohamed Khaled.

Bank of China (Hong Kong) x Television Broadcasts Limited (“TVB”) “Wealth Management Expo 2026”...

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 27 June 2026 - The "Wealth Management Expo 2026", powered by Bank of China (Hong Kong) ("BOCHK") and organised by TVB under the theme of "Empowering Enterprises to Go Global, Pioneering the Blue Ocean of Silver Economy", was successfully held today.

Vinmec Launches Vietnam’s First Integrated High-Tech Robotic Surgery Network, Establishing the Country’s First Multi-Connected...

HANOI, VIETNAM - Media OutReach Newswire – 27 June 2026 - Vinmec Healthcare System today officially launched its nationwide network of High-Tech Robotic Surgery Centers, marking a major milestone in the advancement of surgical innovation in Vietnam.

Flash Sports & Media, Inc. Unveils Plan to Build the Next Tier of T20...

Tampa, Florida - Newsfile Corp. - June 26, 2026 - Flash Sports & Media, Inc. (NASDAQ: FLZH), a sports media and content company focused on the global cricket industry, today announced the release of its 2026 Investor Presentation filed with the U.S. Securities and Exchange Commission on Form 8-K, outlining the Company's strategic vision to build the first vertically integrated, multi-market T20 cricket platform on a public exchange.

OneGrowth 2026: Shared AI Token Era Ahead China Telecom Global Partner Conference Held

On June 25, 2026, the China Telecom Global Partner Conference convened in Shanghai. Centered on the theme of "OneGrowth 2026: Shared AI Token Era Ahead," the event brought together leading global telcos, key ecosystem partners, and prominent clients from both domestic and international markets.

Hong Kong celebrates surge of global enterprises driving investment and opportunities

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire – 26 June 2026 – More than 380 representatives of global enterprises joined a welcome reception yesterday (June 25) for 413 newly arrived or expanded overseas and Chinese Mainland companies in Hong Kong.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings