the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, December 2, 2025
27.4 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

JKPK syor NCEMH jadi agensi kebangsaan urus kesihatan mental kanak-kanak

JKPK syor NCEMH jadi agensi kebangsaan untuk urus kesihatan mental kanak-kanak, saran saringan berkala di sekolah dan pendidikan keibubapaan komprehensif.

KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Pilihan Khas (JKPK) Dewan Rakyat mengesyorkan Pusat Kecemerlangan Kesihatan Mental Kebangsaan (NCEMH) dijadikan agensi kebangsaan khusus untuk kesihatan mental kanak-kanak.

Pengerusi JKPK Wanita, Kanak-Kanak dan Pembangunan Masyarakat, Yeo Bee Yin, berkata pengurusan isu itu memerlukan perkhidmatan profesional dan tidak boleh hanya bergantung kepada guru yang sudah terbeban.

“Jawatankuasa mengesyorkan kerajaan memperkasakan NCEMH dengan memperbanyak perjawatan pakar perubatan dan pegawai psikologi serta meningkatkan peruntukannya,” katanya di Dewan Rakyat.

Beliau berkata antara fungsi NCEMH adalah bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan untuk melakukan saringan kesihatan mental secara berkala dan sistematik di sekolah.

NCEMH juga berperanan melatih kaunselor dan guru bagi mengenal pasti kes ketagihan digital, gangguan permainan Internet dan cabaran kesihatan mental lain untuk intervensi awal.

JKPK turut mengesyorkan KPM mengkaji semula kesesuaian bahan pendidikan karakter yang mengutamakan kepatuhan sosial.

“Norma budaya yang menekankan kepatuhan sosial dan mengelakkan konflik boleh menyumbang kepada peningkatan kebimbangan sosial dan menjejas kesihatan mental kanak-kanak,” katanya.

Jawatankuasa itu juga mencadangkan Kementerian Dalam Negeri mengkaji pindaan undang-undang berkaitan kes rogol statutori bagi memastikan kedua-dua pihak dipertanggungjawabkan secara saksama.

Yeo berkata jawatankuasa turut mengesyorkan LPPKN mempergiat Pendidikan Keibubapaan yang komprehensif untuk menangani isu “diverting syndrome”.

Ini bagi meningkatkan literasi keibubapaan dan memperkukuh hubungan ibu bapa dan anak supaya tanggungjawab pembentukan sahsiah kanak-kanak dapat dipikul bersama.

JKPK membentangkan dua penyata pada 1 Disember iaitu Keselamatan Digital dan Kesihatan Mental Kanak-kanak di Malaysia dan Townhall Buli dalam Kalangan Kanak-kanak di Malaysia.

Yeo berkata sebanyak 55.7% kanak-kanak menggunakan Internet selama satu hingga empat jam sehari pada 2024 dan 60.7% daripadanya memiliki peranti sendiri.

Menurut satu kajian, 3.5% daripada 5,290 remaja di tujuh negeri didiagnosis mengalami gangguan permainan Internet (IGD).

“IGD dikait rapat dengan kecenderungan impulsif terutamanya impulsif motor dan daya tumpuan yang singkat,” katanya.

Daripada remaja mengalami IGD, 48.1% mengalami kebimbangan serius, 37.4% mengalami kemurungan serius dan 18.2% mengalami tekanan serius.

Yeo juga berkata hampir separuh kes jenayah seksual melibatkan kanak-kanak dan 68.1% daripadanya adalah kes suka sama suka yang melibatkan kedua-dua pihak berumur 16 tahun ke bawah.

Beliau berkata hampir 90% remaja yang melakukan hubungan seksual berulang kali berpunca daripada pendedahan awal kepada pornografi, media sosial dan bahan lucah digital.

Selain itu, 30% kes kesalahan seksual kanak-kanak yang ditempatkan di Sekolah Tunas Bakti dan Asrama Akhlak berpunca daripada tiada kawalan terhadap penggunaan gajet.

Related

spot_img

Latest

Young Chinese revive, transform ancient crafts for modern markets

DALI, CHINA - Media OutReach Newswire - 1 December 2025 - At the 2025 Intangible Cultural Heritage(ICH) brand promotion week held from Sunday to Friday in Dali, which was organized by the Ministry of Culture and Tourism, over 120 heritage brands demonstrated how traditional craftsmanship can be integrated with contemporary design.

Most Viewed

spot_img

Popular Categories