the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 30, 2026
25.3 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Jurulatih renang didakwa lakukan amang seksual terhadap kanak-kanak lelaki

KUALA LUMPUR: Seorang jurulatih renang mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun tiga bulan, minggu lepas.

Ng Gwan Ho, 27, didakwa melakukan perbuatan itu terhadap kanak-kanak berkenaan bagi tujuan seksual di sebuah sekolah renang di Taman Sri Bintang, Sentul di sini pada 5.40 petang, 7 Nov lepas.

Lelaki itu dituduh mengikut Seksyen 14 (d) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh juga disebat, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Atiqa Nazihah Azmi mencadangkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin serta syarat tambahan tertuduh tidak mendekati mangsa, melaporkan diri di balai polis berhampiran sebulan sekali dan menyerahkan pasport ke mahkamah sehingga kes selesai.

Peguam Azlan Shah Abd Razak yang mewakili tertuduh memohon jaminan rendah atas alasan anak guamnya merupakan anak tunggal dan perlu menjaga ibu yang tidak bekerja.

Hakim Azrul Darus membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan perlu menyerahkan pasport kepada mahkamah dan menetapkan 17 Dis ini untuk sebutan kes.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

World’s First Commercial Multimodal LLM for Cultural Tourism Enters Broad Application

XI'AN, CHINA - Media OutReach Newswire - 29 June 2026 - The world's first commercial multimodal large language model (LLM) for cultural tourism, called BoGuan, has entered broad application in Xi'an, China.

Hainan FTP marks 6-month milestone of special customs operations, signs deals during Hong Kong...

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 29 June 2026 - As the Hainan Free Trade Port (FTP) marked the six-month milestone since the launch of its full special customs operations, a Hainan provincial delegation wrapped up a three-day visit to Hong Kong.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings