Friday, November 7, 2025
27.1 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Kadar jangkitan influenza naik sedikit pada ME44, masih terkawal

The Sun Webdesk

Kadar konsultasi ILI meningkat kepada 8.34% pada ME44 dengan 43 wabak dilaporkan, namun situasi masih terkawal menurut KKM.

PUTRAJAYA: Kadar jangkitan influenza di negara ini mencatat sedikit peningkatan namun masih terkawal pada minggu epidemiologi ke-44 (ME44), iaitu bagi tempoh 26 Okt hingga 1 Nov lepas, berbanding minggu sebelumnya, menurut Kementerian Kesihatan (KKM).

KKM dalam kenyataan hari ini memaklumkan kadar konsultasi kes Influenza-Like Illness (ILI) meningkat kepada 8.34 peratus pada ME44 daripada 8.18 peratus pada ME43.

“Walaupun terdapat peningkatan kecil, kadar ini masih stabil dan lebih rendah berbanding minggu puncak pada ME42 yang merekodkan 9.68 peratus,” menurut kenyataan itu.

Dari segi pelaporan wabak, sebanyak 43 wabak influenza dilaporkan pada ME44 berbanding 30 wabak pada ME43.

“Bagaimanapun, angka ini masih jauh lebih rendah berbanding 216 wabak yang dicatatkan pada ME42,” menurut kenyataan itu.

Menurut KKM, analisis makmal melalui survelan ILI dan Severe Acute Respiratory Infections (SARI) mendapati kadar positif influenza meningkat kepada 37.6 peratus pada ME44 berbanding 27.6 peratus pada ME43. Namun, jujukan genom tidak mengesan sebarang mutasi baharu virus influenza setakat ini.

“KKM melalui sistem survelan ILI dan SARI akan terus memantau trend penyakit saluran pernafasan akut di seluruh negara, termasuk situasi jangkitan influenza dari semasa ke semasa, bagi memastikan langkah pencegahan, kawalan dan kesiapsiagaan dilaksanakan secara berterusan,” menurut kenyataan itu.

KKM turut menasihati orang ramai khususnya ibu bapa dan penjaga supaya peka terhadap gejala jangkitan saluran pernafasan dalam kalangan kanak-kanak, dan segera mendapatkan rawatan jika mereka menunjukkan tanda seperti lemah dan tidak mahu makan atau minum, dehidrasi (mata cengkung, mulut dan mata kering), demam berpanjangan atau pernafasan laju dan sukar. – Bernama

Related

spot_img

Latest

FIA Karting Arrive and Drive World Cup set for debut in Malaysia

Budding racers from around the world will gather at the LYL International Circuit in Malaysia for the inaugural FIA Karting Arrive and Drive World Cup, taking place from Nov 14 - 16. A total of 107 drivers aged 12–19 will compete on Asia’s largest karting circuit, which features a 1.5km layout with challenging corners, chicanes, and a unique bridge-and-tunnel section. The event marks Malaysia’s debut as host of an FIA karting world competition, highlighting its growing role in global motorsport.

Most Viewed

Xencelabs Launches Ultra-Portable 4K OLED Pen Display 16 Lite​

VANCOUVER, CANADA - Media OutReach Newswire - 7 November 2025 - Xencelabs today announced the Pen Display 16 Lite, a new ultra-portable 4K OLED pen display designed for mobile professionals.
spot_img

Popular Categories

spot_imgspot_img