the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, December 20, 2025
27.8 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Kanak-kanak 2 tahun maut dilanggar bapa undur kereta di Tangkak

Seorang kanak-kanak perempuan dua tahun maut akibat dilanggar bapa sendiri yang sedang mengundurkan kereta di garaj rumah di Tangkak.

TANGKAK: Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun maut selepas dilanggar oleh bapanya sendiri yang sedang mengundurkan kereta.

Kejadian berlaku di Taman Kesang Baru, Parit Bunga pada Khamis lepas kira-kira jam 8.15 pagi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Tangkak DSP Jamellulkamal Abdul Halim berkata siasatan awal mendapati bapa mangsa berusia 30 tahun sedang mengubah kedudukan kereta Suzuki Swift di kawasan garaj rumahnya.

“Pada masa yang sama, secara tiba-tiba kanak-kanak berkenaan keluar dari dalam rumah dan terus menuju ke belakang kereta,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mangsa mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala akibat kejadian itu.

Kanak-kanak itu disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar pada jam 7.30 malam.

Kes kini disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

Vinfast Honored in Indonesia with Kumparan Awards: Impact Makers 2025

JAKARTA, INDONESIA - Media OutReach Newswire – 19 December 2025 – At the Kumparan Awards: Impact Makers 2025, organized by leading digital media platform Kumparan, VinFast was honored with the award "Impactful Transformation in the EV Ecosystem".
spot_img

Popular Categories