the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, June 26, 2026
28.9 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Kanak-kanak 11 tahun, remaja lelaki ditemukan lemas di Sungai Masai

PASIR GUDANG: Seorang kanak-kanak dan seorang remaja lelaki ditemukan lemas selepas dipercayai terjatuh di Sungai Masai berhampiran Pangsapuri Sri Intan, Bandar Seri Alam di sini, malam tadi.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Gudang, Penolong Penguasa Bomba Sarhan Akmal Mohamad berkata mangsa dikenali sebagai Mohd Danish Ahmad, 11, dan Zahir Ajmal Mohd Idris, 13.

Beliau berkata Pasukan Keluaran Operasi melakukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) di kawasan mangsa dilaporkan hilang dengan menggunakan teknik ‘surface searching’ serta selaman oleh pasukan penyelamat di air (PPDA).

“Mohd Danish berjaya dijumpai kira-kira pukul 5.06 pagi, manakala Zahir Ajmal dijumpai pada pukul 7.38 pagi pada jarak 50 meter dari lokasi mangsa dipercayai lemas, dan kedalaman air dianggarkan kira-kira tiga meter.

“Jenazah mereka diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut dan operasi ditamatkan sepenuhnya pada 8.33 pagi, “ katanya menerusi kenyataan hari ini.

Terdahulu, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 11.31 malam sebelum 13 anggota dari BBP Pasir Gudang dan enam anggota PPDA dari BBP Skudai digegaskan ke lokasi kejadian.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Venezuela earthquake rescue efforts hampered as death toll rises to 235

Buildings cracked, crumbled, and tilted precariously after the quakes,...

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings