the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, December 20, 2025
22.7 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

KBS seimbang patuh peraturan FIFA, tuntut akauntabiliti FAM

Kementerian Belia dan Sukan perlu seimbang patuh peraturan FIFA dengan tuntutan akauntabiliti berhubung isu dokumentasi pemain warisan.

KUALA LUMPUR: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan terus mengimbangi keperluan mematuhi peraturan antarabangsa dengan tuntutan akauntabiliti dalam negara berhubung isu dokumentasi tujuh pemain bola sepak warisan.

Menterinya Hannah Yeoh berkata langkah itu penting bagi memastikan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) memperkukuh tadbir urus serta mengembalikan keyakinan rakyat.

“Penggantungan seperti itu bukan sahaja memberi kesan kepada pasukan kebangsaan utama, tetapi turut melibatkan semua pasukan bawah umur,” katanya dalam hantaran Facebook.

Beliau menegaskan sebarang campur tangan kerajaan boleh menyebabkan FAM digantung oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

Hannah menyenaraikan beberapa negara yang pernah digantung FIFA termasuk Indonesia (2015), Zimbabwe (2022), Chad (2021), Benin (2015) dan Brunei (2009).

“Contoh itu menunjukkan FIFA tegas dalam menegakkan Statut 15(c) yang menetapkan setiap persatuan bola sepak mesti bebas daripada campur tangan politik,” jelasnya.

KBS melalui Pejabat Pesuruhjaya Sukan akan bekerjasama rapat dengan Jawatankuasa Siasatan Khas Bebas pimpinan bekas Ketua Hakim Negara Tun Md Raus Sharif.

“Hasil siasatan ini akan menjadi asas kepada pelaksanaan langkah-langkah pembetulan serta penambahbaikan yang perlu dipatuhi FAM,” tambahnya.

Semalam, FIFA menolak rayuan FAM dan tujuh pemain terlibat iaitu Gabriel Felipe Arrocha, Facundo Garces, Rodrigo Holgado, Imanol Machuca, Joao Figueiredo, Jon Irazabal dan Hector Hevel.

Jawatankuasa Rayuan FIFA mengekalkan hukuman terhadap FAM dan tujuh pemain warisan atas kesalahan berkaitan pemalsuan dokumen.

FAM diarah membayar denda CHF350,000 (kira-kira RM1.8 juta) manakala setiap pemain didenda CHF2,000 (sekitar RM11,000).

Ketujuh-tujuh pemain tersebut juga digantung selama 12 bulan daripada aktiviti berkaitan bola sepak.

Pemangku Presiden FAM Datuk Mohd Yusoff Mahadi berkata pihaknya akan menulis kepada FIFA bagi mendapatkan butiran penuh keputusan berkenaan.

FAM akan menentukan langkah seterusnya bagi mengemukakan rayuan ke Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) selepas menerima alasan bertulis FIFA. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Amorim criticises Man Utd youth over ‘entitlement’ culture

Man Utd boss Ruben Amorim says provocative social media posts from young players show a damaging "feeling of entitlement" at the club.

Most Viewed

Yes Unboxes the Drama with 5g advanced Broadband + FREE 1 Year iQIYI Access

KUALA LUMPUR, MALAYSIA - Media OutReach Newswire - 19 December 2025 - Festive nights, late-night drama marathons and weekend binge sessions are about to get a major upgrade! Yes, Malaysia’s leading 5G telco, unveiled its 5g advanced Broadband + iQIYI Bundle; with uncapped 5g advanced home WiFi and FREE 1 Year iQIYI Access — so Malaysians can stream without limits from the comfort of their homes.
spot_img

Popular Categories