the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, December 15, 2025
28.5 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

KDN naik taraf sistem imigresen di BSI dan KSAB untuk lancarkan lalu lintas

KDN laksanakan peningkatan sistem imigresen di BSI dan KSAB, termasuk tambah eGate dan pengimbas QR, untuk lancarkan pergerakan ke Singapura

JOHOR BAHRU: Kementerian Dalam Negeri (KDN) melaksanakan peningkatan menyeluruh terhadap sistem dan kemudahan imigresen di Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB).

Ini bagi melancarkan pergerakan pengguna Malaysia–Singapura, khususnya pada waktu puncak.

Tumpuan diberikan kepada penambahbaikan segera dan sederhana melibatkan infrastruktur, automasi dan sistem digital imigresen.

KDN sedang memasang 40 unit tambahan eGate NIISe dan 145 unit pengimbas Kod QR MyNIISe di laluan motosikal, kenderaan dan pejalan kaki menjelang 31 Disember 2025.

Peningkatan ini dijangka menggandakan keupayaan pemprosesan di kedua-dua pintu masuk.

Kerja naik taraf sistem MyIMMs dan NIISe turut dipercepat bagi memastikan sistem lebih stabil, responsif dan berupaya menampung jumlah pengguna yang semakin meningkat.

Capaian Internet di lokasi kritikal juga dipertingkat dengan kerjasama syarikat telekomunikasi.

Ini bagi memastikan penggunaan Kod QR MyNIISe tidak terganggu semasa waktu puncak.

KDN juga sedang menyepadukan sistem MyNIISe dan MyBorderPass bagi mewujudkan alur pergerakan lebih lancar.

Ia akan memudahkan pengguna tempatan dan pengembara asing melalui pemeriksaan imigresen dengan lebih cepat.

Pasukan Petugas Khas telah ditubuhkan bagi memantau kerja naik taraf secara mingguan.

Pemantauan akan berterusan sehingga semua sistem beroperasi sepenuhnya menjelang akhir Disember ini.

KDN menggalakkan warganegara Malaysia memuat turun aplikasi MyNIISe dan menggunakan laluan automatik eGate.

Ini bukan sahaja mempercepat urusan imigresen tetapi juga membantu mengoptimumkan aliran trafik di pintu masuk negara.

“Segala peningkatan yang sedang dilaksanakan ini adalah sebahagian daripada komitmen Kerajaan MADANI untuk membina sistem imigresen yang lebih moden, efisien dan mesra pengguna,” menurut KDN.

Ia berteraskan prinsip ihsan dan keutamaan kepada kesejahteraan rakyat. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Sungei Wang Plaza’s ‘most PAW-some’ Christmas

THIS festive season, Sungei Wang Plaza invites shoppers to...

Most Viewed

spot_img

Popular Categories