the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, July 7, 2026
30.8 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Kebakaran paip gas: ‘Masih terlalu awal fikir soal tindakan undang-undang’ – Wakil penduduk

KUALA LUMPUR: Isu keselamatan kediaman pada masa ini lebih menjadi keutamaan bagi penduduk terlibat dalam kejadian kebakaran paip gas di Putra Heights, Subang Jaya, Selasa lepas berbanding tindakan undang-undang, kata Timbalan Pengerusi Persatuan Penduduk Putra Harmoni Francis Koh.

Beliau berkata pada masa ini penduduk yang kurang terjejas sedang memberi fokus kepada pemeriksaan pendawaian serta tahap keselamatan di kediaman masing-masing sejak 9.30 pagi tadi.

“Kita serahkan siasatan kepada pihak berkuasa terlebih dahulu, kita uruskan kemasukan penduduk secara berfasa bagi tujuan pemeriksaan keselamatan.

“Tindakan undang-undang masih awal, yang penting isu kebajikan terlebih dahulu,” katanya ketika ditemui di Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK), Subang Jaya, hari ini.

Sementara itu, Setiausaha Persatuan Penduduk Putra Harmoni Peter Lau meminta agensi penguatkuasaan untuk melibatkan persatuan penduduk pada setiap mesyuarat diadakan.

“Kami perlukan informasi untuk disampaikan kepada penduduk, mereka kurang informasi dan disebabkan ini mereka terganggu serta risau. Saya harap pihak berkuasa bekerjasama dengan persatuan penduduk kerana kami ada semua data penduduk termasuk haiwan peliharaan mereka.

“Kami juga sedia membantu mana-mana penduduk yang mempunyai sebarang masalah,” katanya.

Sebelum ini, Bernama melaporkan pemilik 115 kediaman yang kurang terjejas akibat insiden itu dibenarkan masuk ke rumah mereka secara berfasa bermula hari ini.

Pegawai Daerah Petaling Huzunul Khaidil Mohammed dilaporkan berkata fasa pertama membabitkan 41 pemilik rumah di Jalan 1/3A, yang dibenarkan masuk bermula 9.30 pagi bagi pemeriksaan pendawaian sebelum bekalan elektrik dikembalikan.

Setakat semalam, 364 mangsa daripada 74 keluarga terbabit dalam kebakaran itu ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara Masjid Putra Heights dan Dewan Serbaguna Majlis Bandaraya Subang Jaya Camelia.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

L’Occitane En Provence Helps Malaysians Address Hair Fall Through Expert Hair & Scalp Diagnosis

As hair fall and hair loss concerns continue to affect consumers across different ages and life stages, L'Occitane is encouraging Malaysians to look beyond the symptoms and understand the root cause of their concerns through its complimentary Hair & Scalp Diagnosis.

Prudential Singapore tops global MDRT Culture of Excellence (COE) Awards with 29 agency leaders...

Prudential Singapore ("Prudential") achieved the strongest showing globally in the 2026 Million Dollar Round Table (MDRT) Culture of Excellence (COE) Awards, with 29 agency leaders recognised out of 68 winners worldwide.

As EVs become the majority of new car registrations in Singapore, Allianz highlights a...

Electric vehicles (EVs) have reached a defining milestone in Singapore. Allianz Insurance Singapore says the national EV conversation is evolving beyond adoption towards a fundamental shift in how drivers think about vehicle ownership, as EVs now account for the majority of new car registrations.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings