the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, December 5, 2025
24.4 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Kecekapan anggota sukarela Wataniah Perlis tonjol kesiapsiagaan hadapi bencana

Raja Muda Perlis puji keberanian, disiplin anggota sukarela Askar Wataniah sebagai tonggak pertahanan negeri hadapi banjir dan ancaman lain

PADANG BESAR: Kecekapan anggota sukarela Askar Wataniah menghadapi banjir di Perlis membuktikan mereka bukan sekadar pasukan sokongan malah tonggak pertahanan negeri yang sentiasa bersedia bagi berdepan ancaman keselamatan mahupun bencana alam.

Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah keberanian dan disiplin serta kesiapsiagaan anggota keselamatan termasuk anak watan yang berkhidmat sebagai anggota sukarela askar itu turun membantu tanpa ragu-ragu.

“Baru-baru ini, negeri kita sekali lagi diuji dengan bencana banjir. Namun, di sebalik ujian itu, saya melihat keberanian, disiplin dan kesiapsiagaan anggota keselamatan, agensi awam, pihak swasta serta rakyat biasa yang turun membantu tanpa ragu-ragu,” titah baginda.

Raja Muda Perlis itu bertitah demikian ketika berkenan merasmikan Program Jiwa Murni sempena sambutan Hari Ulang Tahun Rejimen 504 Askar Wataniah Ke-45 bagi tahun ini di Taman Rekreasi Gua Kelam, di sini hari ini.

Tuanku Syed Faizuddin Putra bertitah Anggota Wataniah sekarang bukan sahaja memiliki kekuatan fizikal tetapi juga ketajaman minda, keutuhan moral dan kesetiaan tidak berbelah bahagi yang menjadikan mereka barisan pertahanan dipercayai rakyat.

“Saya yakin, selagi semangat ini dipelihara, Perlis akan kekal teguh meskipun berdepan gelombang sebesar mana sekali pun,” titah baginda.

Sementara itu, Tuanku Syed Faizuddin Putra menegaskan kekuatan sebenar negeri itu bukan sekadar bertunjangkan aset atau infrastruktur, malah terletak pada jiwa dan tekad rakyatnya.

“Selagi rakyat bersatu, saling membantu dan saling memuliakan, selagi itulah negeri ini akan terus berdiri teguh walau berhadapan apa jua cabaran banjir, krisis ekonomi mahupun perubahan iklim,” titah baginda.

Mengenai Program Jiwa Murni itu, baginda bertitah pelaksanaan program itu menggambarkan kesepaduan kukuh antara kerajaan, agensi keselamatan, sektor swasta dengan rakyat dalam satu pendekatan menyeluruh kerajaan, menyeluruh masyarakat. 

Tuanku Syed Faizuddin Putra bertitah apabila seluruh jentera negeri bergerak sebagai satu pasukan yang harmoni, maka ia melahirkan kekuatan luar biasa yang mampu mengangkat Perlis sebagai sebuah negeri dinamik, teguh dan berdaya saing. – Bernama

Related

spot_img

Latest

ZTE and MMU Expand Collaboration to Advance Malaysia’s AI, Cybersecurity, and Digital Talent Development

KUALA LUMPUR, MALAYSIA- Media OutReach Newswire - 5 December 2025 - ZTE Corporation(0763.HK / 000063.SZ), a global leading provider of integrated information and communication technology solutions, today announced the expansion of its collaboration with Multimedia University ("MMU") through the signing of an official addendum, exchanged during the closing ceremony of the PRESTIJ program, "Shaping the Future-fit Public Services with Cybersecurity in the AI Landscape."

Conow Unveiled Its AI Energy Solutions at SolarSolutions Düsseldorf 2025

DÜSSELDORF, GERMANY - Media OutReach Newswire - 5 December 2025 - Conow, a global AI energy leader, joined forces with Tuya, a leading AIoT platform provider, at SolarSolutions Düsseldorf 2025 held on December 3–4 at Messe Düsseldorf, booth Q11.

Most Viewed

Sabah greenlights Merchantrade for digital wage payments

Merchantrade Asia Sdn Bhd has received approval to operate as a designated payment instrument (DPI) issuer in Sabah, marking a major expansion of its digital payroll and e-wallet services for foreign workers. Effective 1 December 2025, the mandate—granted under the Sabah Labour Ordinance—enables employers across the state to use Merchantrade’s payroll portal and Merchantrade Money e-wallet to manage wage payments in full compliance with Malaysian labour laws.

Conow Unveiled Its AI Energy Solutions at SolarSolutions Düsseldorf 2025

DÜSSELDORF, GERMANY - Media OutReach Newswire - 5 December 2025 - Conow, a global AI energy leader, joined forces with Tuya, a leading AIoT platform provider, at SolarSolutions Düsseldorf 2025 held on December 3–4 at Messe Düsseldorf, booth Q11.
spot_img

Popular Categories