the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, January 19, 2026
21.5 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Kedai makan popular di Cameron Highlands ditutup sebulan

Kedai makan popular di laluan ke Cameron Highlands ditutup sebulan untuk siasatan risiko tanah runtuh selepas video hakisan tular.

IPOH: Permit penggunaan tapak sebuah kedai makan popular di laluan ke Cameron Highlands digantung sementara selama sebulan bermula esok.

Langkah itu bagi memberi laluan kepada siasatan menyeluruh berhubung risiko tanah runtuh di kawasan itu.

Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam negeri Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata penilaian awal mendapati kawasan terlibat merupakan tanah tambak berisiko tinggi.

“Pihak JKR menasihatkan supaya lokasi tersebut ditutup daripada sebarang aktiviti bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau memaklumkan lokasi cerun tersebut berada di luar seliaan Jabatan Kerja Raya.

Kawasan berisiko itu terletak di Kompartmen 31 Hutan Simpan Bukit Kinta dan berhampiran kedai makan.

Kedai makan tersebut telah diberikan Permit Penggunaan oleh Jabatan Perhutanan Negeri Perak bagi tujuan sewaan tapak seluas 0.4 hektar.

“Jabatan Perhutanan Negeri Perak akan memberi notis penutupan kepada pemegang permit mulai esok selama tempoh satu bulan sehingga siasatan lengkap dibuat,” katanya.

Kawasan persinggahan popular itu menjadi tumpuan selepas keadaan hakisan tanah didedahkan menerusi rakaman dron yang tular.

Rakaman yang dikongsi seorang pengguna TikTok itu mencetuskan kebimbangan dalam kalangan netizen terhadap tahap keselamatan kawasan berkenaan.

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

spot_img

Popular Categories