the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, December 23, 2025
23.3 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Kedutaan Malaysia di Iran dibuka semula selepas penutupan sementara

NEW YORK: Kedutaan Malaysia di Iran yang ditutup sementara berikutan konflik melibatkan negara itu dan Israel pada Jun lepas kini kembali beroperasi seperti biasa.

Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan mengesahkan Duta Besar Malaysia ke Iran Khairi Omar telah kembali bertugas di Tehran selepas pulang ke tanah air buat sementara waktu.

Beliau bagaimanapun tidak memperincikan tarikh sebenar kedutaan itu kembali dibuka dan beroperasi.

“Penutupan sementara (kedutaan) itu telah pun selesai. Duta Besar kita sudah kembali ke Tehran dan operasi berjalan seperti biasa. Kita berharap tiada lagi konflik berlaku,” katanya pada sidang media selepas menyampaikan Kenyataan Negara pada sesi Debat Umum Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) 2025.

Mohamad Hasan mengingatkan bahawa ketidaktentuan di Asia Barat akan memberi kesan bukan sahaja kepada Asia Tengah malah seluruh dunia termasuk Malaysia.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab pertanyaan pemberita mengenai status terkini Kedutaan Malaysia di Iran yang ditutup sementara susulan ketegangan memuncak antara negara itu dan Israel.

Ketegangan itu tercetus selepas serangan udara tanpa provokasi rejim Zionis ke atas wilayah republik berkenaan pada Jun lalu.

Sebagai tindak balas, Iran melancarkan peluru berpandu balistik ke beberapa lokasi di Israel.

Ekoran itu, Kementerian Luar mengambil keputusan membawa pulang rakyat Malaysia termasuk Duta Besar, kakitangan kedutaan dan keluarga mereka ke tanah air melalui penerbangan melibatkan laluan Ashgabat, Turkmenistan ke Bangkok, Thailand sebelum kembali ke Malaysia.

Untuk rekod, Malaysia menubuhkan Kedutaan di Tehran pada 1970, manakala Iran membuka Kedutaannya di Kuala Lumpur pada 1981. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Mahkamah tinggi sahkan kuasa penuh raja dalam pengampunan

Keputusan mahkamah tinggi dalam kes Najib Razak tidak mengurangkan kuasa pengampunan Yang di-Pertuan Agong, Raja-Raja Melayu dan Yang di-Pertua Negeri, tegas Jabatan Peguam Negara.

Most Viewed

Bracell Wins 2025 Amcham Eco Award for Pioneering One-for-One Environmental Conservation Initiative

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 23 December 2025 - Bracell, a global leader in soluble pulp production, has been named a winner of the 2025 Amcham Eco Award, one of Brazil’s most prestigious corporate sustainability recognitions, for its groundbreaking One-for-One Commitment environmental conservation initiative.

Dolphins Pearl Slot enjoy on the internet free of charge

ContentDolphin’s Pearl Casino slot games 2024 Free of charge...
spot_img

Popular Categories