the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, June 29, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Kehilangan Amri Che Mat: Mahkamah benar kerajaan gantung perintah keluar laporan pasukan petugas khas

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini membenarkan permohonan kerajaan Malaysia untuk menggantung perintah mahkamah supaya mengeluarkan laporan sulit pasukan petugas khas mengenai kehilangan aktivis sosial Amri Che Mat secara terhad kepada isterinya Norhayati Mohd Ariffin.

Peguam Larissa Ann Louis yang mewakili Norhayati ketika ditemui pemberita berkata Hakim Datuk Amarjeet Singh membuat keputusan itu pada 1 Jun lepas.

“Kerajaan Malaysia membuat permohonan untuk menggantung perintah berkenaan kerana telah memfailkan rayuan terhadap perintah tersebut di Mahkamah Rayuan pada 23 Mei lepas,” kata peguam itu.

Peguam Kanan Persekutuan Ahmad Hanir Hambaly ketika dihubungi mengesahkan perkara tersebut.

Pada 9 Mei, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh membenarkan permohonan semakan kehakiman yang difailkan Norhayati dan memerintahkan laporan berkenaan dikeluarkan kepada wanita itu dalam tempoh 30 hari.

Dalam permohonan itu, Norhayati menuntut antaranya satu pengisytiharan bahawa laporan yang disediakan pasukan petugas khas itu tidak termasuk dalam takrifan “rahsia rasmi” di bawah Seksyen 2 Akta Rahsia Rasmi (OSA).

Norhayati turut mengemukakan saman terhadap kerajaan Malaysia, polis dan 19 individu lain berhubung kehilangan suaminya.

Sementara itu, semasa prosiding di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Su Tiang Joo hari ini, mahkamah memerintahkan perbicaraan kes saman itu diteruskan pada tarikh yang telah ditetapkan iaitu 19 hingga 22 Jun ini.

Prosiding itu turut dihadiri seorang lagi peguam yang mewakili Norhayati, Surendra Ananth dan Peguam Kanan Persekutuan Zetty Zurina Kamaruddin yang mewakili kerajaan. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

MCE Holdings Q3 pre-tax profit rises to RM9.79 million

MCE Holdings Bhd recorded a 54.64% increase in profit before tax to RM9.79 million for Q3 ended April 30, 2026 (FY26), from RM6.333 million in the same quarter last year.

Binzhou’s Leap from Manufacturing to Intelligent Manufacturing

BINZHOU, CHINA - Media OutReach Newswire - 29 June 2026 - Recently, the Ministry of Industry and Information Technology and the Ministry of Finance jointly released the list of China's third batch of pilot cities for the new technological transformation of the manufacturing sector.

Shared Revitalization Journey of Weiqiao Pioneering Group, Weiqiao Town

BINZHOU, CHINA - Media OutReach Newswire - 29 June 2026 - Recently, Zouping, Shandong held a symposium on "Revitalizing Weiqiao Town," focusing on key priorities such as improving urban quality, upgrading public livelihoods, and empowering industrial development, laying out a clear blueprint for the high-quality development of Weiqiao Town.

DFI Retail Group to Announce 2026 Half Year Financial Results and Host Analyst Presentation...

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 29 June 2026 - DFI Retail Group Holdings Limited will announce its 2026 Half Year Results after market close on 28 July 2026, followed by an analyst presentation live webcast on 29 July 2026.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings