the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, June 24, 2026
25.7 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Kejadian tikaman rambang di Kanada: Seorang suspek dijumpai mati, seorang lagi masih bebas

OTTAWA: Polis Kanada pada Isnin memaklumkan seorang suspek dipercayai terbabit dalam kejadian tikaman secara rambang di wilayah Saskatchewan, ditemukan maut, lapor Xinhua.

Polis Diraja Kanada (RCMP) memaklumkan pada sidang media bahawa mayat yang dijumpai Ahad, disahkan sebagai salah seorang suspek dalam kejadian itu.

“Kami mengesahkan lelaki itu mengalami kecederaan.

“Setakat ini, kami percaya kecederaan dialami suspek bukan dilakukan sendiri.

“Angka kematian akibat insiden itu telah mencecah 11 orang, manakala 19 lagi cedera,” menurut polis.

Polis mengesahkan kedua-dua suspek merupakan adik beradik dan seorang lagi suspek yang masih dalam buruan mungkin mengalami kecederaan.

Pada Ahad, 10 orang terbunuh, manakala 15 yang lain cedera dan dikejarkan ke hospital selepas ditikam secara rambang di 13 lokasi di James Smith Cree Nation dan Weldon.

Amaran individu berbahaya telah dikeluarkan dan pihak polis telah melakukan sekatan dan pemeriksaan di seluruh Saskatchewan.

Perdana Menteri Justin Trudeau bercakap kepada media pada Isnin dan menjanjikan bantuan daripada kerajaan persekutuan.

“Keganasan seperti ini, semua jenis keganasan, tidak boleh diterima di negara kita,“ kata Trudeau.

Trudeau berkata pihaknya sedang memantau situasi terkini dan beliau telah menghubungi kepimpinan James Smith Cree Nation dan ketua menteri Saskatchewan.

Kerajaan persekutuan akan turun padang dan bekerjasama dengan pihak berkuasa wilayah itu, katanya.

“Hari ini dan esok, bendera di Menara Keamanan akan dikibarkan separuh tiang, sebagai mengenang mereka yang terkorban akibat serangan di Saskatchewan, dan sebagai tanda solidariti bersama mereka yang terjejas akibat insiden ini,” katanya sebelum ini di Twitter.

James Smith Cree Nation mengisytiharkan darurat, berkuatkuasa serta merta sehingga 5 petang (2300 GMT) 30 September. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Mannings continues “Safe Disposal of Unused Medicines Programme” for the fourth year partnering with...

Mannings is expanding its Safe Disposal of Unused Medicines Programme to 75 collection points across Hong Kong. Running from June 26 to July 23, the initiative promotes proper medicine disposal, medication counselling, environmental protection, and safer medication practices through partnerships with community organisations.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings