the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, July 7, 2026
28.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Kejayaan individu, syarikat, negara bakal diukur menerusi keberkesanan penggunaan AI – Tengku Zafrul

KUALA LUMPUR: Kejayaan individu, syarikat dan negara pada masa hadapan boleh diukur melalui keberkesanan mereka menggunakan kecerdasan buatan (AI), kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

Beliau berkata AI bukan lagi sekadar alat teknologi, malah ia boleh dikatakan menjadi pemboleh penting seterusnya dalam daya saing ekonomi, daya tahan negara dan juga pengaruh geopolitik.

“Dalam banyak keadaan, AI telah pun membawa perubahan besar dalam cara kita bekerja, mencari atau menyampaikan maklumat – malahan bagaimana kita menjalani kehiduapn, berinteraksi dan berhibur sesama kita.

“Namun, pencetus perubahan ini turut membawa cabaran dan bahaya bersamanya. Kita tidak boleh, sebagai contoh, dengan mudah menolak kemungkinan AI boleh memburukkan polarisasi, xenofobia, perkauman atau kecenderungan untuk berperang,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa menyampaikan ucapan alu-aluan pada sesi bual santai bertajuk ‘The Intelligence Grid: Building Bridges Through Sovereign AI Collaboration’, di sini hari ini.

Tengku Zafrul menjadi pemudah cara bagi sesi bual santai itu yang disertai Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Vietnam Pham Minh Chinh dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan G42 Peng Xiao.

G42 ialah syarikat pegangan teknologi yang berpangkalan di Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu yang memfokuskan kepada AI dan pengkomputeran awan.

Bagaimanapun, Tengku Zafrul berkata dalam dunia yang penuh dengan persaingan untuk mendominasi, sesi itu memilih mengambil jalan alternatif.

“Apa yang kita harap dapat teroka hari ini adalah bagaimana kuasa pertengahan – seperti yang ada di ASEAN dan Teluk—boleh membentuk model baharu kerjasama AI: yang menghormati kepentingan berdaulat, sambil menggalakkan pembangunan bersama, saling mempercayai dan kemajuan inklusif.

“Kita bertuah kerana ada dua pemimpin terkemuka dan seorang kapten korporat global untuk membincangkan soalan-soalan sebegini,“ katanya.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

L’Occitane En Provence Helps Malaysians Address Hair Fall Through Expert Hair & Scalp Diagnosis

As hair fall and hair loss concerns continue to affect consumers across different ages and life stages, L'Occitane is encouraging Malaysians to look beyond the symptoms and understand the root cause of their concerns through its complimentary Hair & Scalp Diagnosis.

Prudential Singapore tops global MDRT Culture of Excellence (COE) Awards with 29 agency leaders...

Prudential Singapore ("Prudential") achieved the strongest showing globally in the 2026 Million Dollar Round Table (MDRT) Culture of Excellence (COE) Awards, with 29 agency leaders recognised out of 68 winners worldwide.

As EVs become the majority of new car registrations in Singapore, Allianz highlights a...

Electric vehicles (EVs) have reached a defining milestone in Singapore. Allianz Insurance Singapore says the national EV conversation is evolving beyond adoption towards a fundamental shift in how drivers think about vehicle ownership, as EVs now account for the majority of new car registrations.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings