the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, January 30, 2026
24 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Kejayaan penganjuran ASEAN 2025 milik seluruh rakyat Malaysia

Fahmi Fadzil tekankan kejayaan Sidang Kemuncak ASEAN hasil kerja keras rakyat Malaysia, termasuk wartawan dan kru pentas.

PUTRAJAYA: Kejayaan penganjuran Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 dan Sidang Kemuncak Berkaitan baru-baru ini merupakan hasil kerja keras dan dedikasi seluruh rakyat Malaysia, bukan sekadar kejayaan kerajaan semata-mata, kata Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil.

Beliau berkata perkara itu turut ditegaskan dalam mesyuarat Jemaah Menteri hari ini yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof, yang merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang memainkan peranan penting dalam menjayakan sidang kemuncak berprestij berkenaan.

“Jemaah Menteri merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terbabit dalam penganjuran Sidang Kemuncak ASEAN ke-47, daripada wartawan, kru pentas, petugas hospitaliti, anggota keselamatan dan lalu lintas, hinggalah penyedia makanan dan minuman.

“Kesemua mereka adalah sebahagian daripada pasukan yang telah sama-sama menjayakan Sidang Kemuncak ASEAN ke-47, dan Jemaah Menteri amat menghargai sumbangan mereka,” katanya pada sidang media mingguan di sini hari ini.

Fahmi turut berkongsi pengalamannya menerima dan mengiringi delegasi Timor-Leste sepanjang sidang berkenaan, yang menzahirkan rasa kagum terhadap tahap profesionalisme serta layanan mesra rakyat Malaysia.

“Delegasi Timor-Leste menyatakan bahawa keseluruhan pengalaman mereka di Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 amat mengagumkan. Mereka menilai pegawai pengiring Malaysia menunjukkan keupayaan yang sangat tinggi dan membanggakan. Justeru, mereka melihat Malaysia berjaya sebagai tuan rumah, dan kejayaan ini adalah milik seluruh rakyat Malaysia, kejayaan kita bersama,” katanya.

Dalam pada itu, Fahmi berkata Jemaah Menteri turut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Mohd Yazid Zakaria, Pengarah Orkestra Tradisional Malaysia Istana Budaya, yang meninggal dunia dua hari lepas.

“Pemergian Allahyarham merupakan satu kehilangan besar kepada industri muzik tanah air. Saya sendiri amat terkesan kerana kali terakhir bertemu beliau ialah pada Majlis Makan Malam Gala sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 pada 27 Okt lepas. Kami tidak sempat bersapa, namun sebelum ini beliau pernah hadir ke kementerian ini untuk menerima hadiah atas jasanya.

“Allahyarham sebelum ini pernah dinobatkan sebagai penerima Anugerah Tokoh Pekerja Negara (Perkhidmatan Awam Kumpulan Pengurusan dan Profesional) sempena Sambutan Hari Pekerja 2024. Jemaah Menteri merakamkan ucapan takziah kepada seluruh keluarganya,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Fahmi berkata mesyuarat Jemaah Menteri turut dimaklumkan mengenai lawatan rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Korea Selatan bagi menghadiri Mesyuarat Pemimpin-Pemimpin Ekonomi Mesyuarat Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) 2025.

“Terdapat siri pertemuan termasuk dengan beberapa syarikat terkemuka seperti NVIDIA Corporation yang telah dijadualkan. Perbincangan dengan pihak industri akan memberi tumpuan kepada isu rantaian bekalan, khususnya aspek ketahanan bekalan. Sejurus selepas itu, Perdana Menteri akan pulang ke tanah air untuk meneruskan tugas,” katanya. – Bernama

Related

spot_img

Latest

World No. 1 Tennis Aryna Sabalenka Shines With The Multifaceted Brilliance Of A Natural Diamond

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 30 January 2026 - World No. 1 women's tennis player Aryna Sabalenka appears on Tatler's January double cover in a new light, stepping away from her fierce, decisive on‑court persona to reveal a composed, elegant side.

Most Viewed

Orkim extends voyage charter contracts with Shell until 2028

Shell Malaysia has agreed to extend consecutive voyage charter contracts for Orkim Leader and Orkim Power, citing Orkim’s operational reliability. The extensions provide clearer revenue visibility and support sustained fleet utilisation.
spot_img

Popular Categories