the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, December 24, 2025
22.8 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Kelantan miliki 1,102 menara telekomunikasi dikawal MCMC

Kelantan merekodkan 1,102 menara telekomunikasi berpermit dengan hasil tahunan RM3.03 juta disalur kepada PBT, sementara kerajaan negeri galak belia sertai sektor pertanian.

KOTA BHARU: Kelantan kini mempunyai 1,102 menara telekomunikasi berpermit yang dikawal selia oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Teknologi Hijau, Digital dan Inovasi negeri Datuk Wan Roslan Wan Hamat berkata 990 menara dibina di atas tanah manakala 112 terletak di atas bumbung bangunan.

Beliau menyatakan fi dan bayaran tahunan bagi sebuah menara ialah RM2,750 termasuk permit menara RM2,000 dan lesen perniagaan RM750.

“Lesen penggunaan tanah pertanian untuk pembinaan menara dikenakan bayaran RM500 setahun,” katanya ketika menjawab soalan di Dewan Undangan Negeri kelmarin.

Bayaran penggunaan tanah bangunan bagi struktur menara pula ialah RM1,000 setahun.

Hasil kerajaan negeri daripada bayaran tersebut dianggarkan berjumlah RM3.03 juta setahun dan disalurkan kepada pihak berkuasa tempatan.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Agromakanan dan Komoditi negeri Datuk Tuan Mohd Saripudin Tuan Ismail berkata kerajaan negeri berusaha menarik minat golongan muda dalam sektor pertanian.

Beliau berkata pihaknya menyalurkan maklumat mengenai pelbagai bentuk bantuan dan insentif kerajaan termasuk geran permulaan bernilai antara RM30,000 hingga RM50,000.

“Jabatan berkaitan menganjurkan kursus serta bengkel percuma kepada peserta dari semasa ke semasa,” katanya ketika menjawab soalan lain.

Program kursus pertanian percuma dilaksanakan setiap awal tahun untuk menyebarkan maklumat pertanian moden kepada masyarakat khususnya belia.

Peserta berpeluang memperoleh pendedahan tentang teknik, teknologi serta bantuan terkini dalam bidang pertanian. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

Finex dan doctorSHARE Dukung Akses Kesehatan di Wilayah Kepulauan

JAKARTA, INDONESIA - Media OutReach Newswire - 23 Desember 2025 - Keterbatasan akses layanan kesehatan di wilayah kepulauan masih menjadi tantangan struktural. Data Bappenas dan Kementerian Kesehatan menunjukkan Indonesia masih kekurangan sekitar 124.294 dokter umum dari target ideal WHO sebesar 1 dokter per 1.000 penduduk, serta defisit 29.179 dokter spesialis dari rasio ideal 0,28 per 1.000 penduduk.
spot_img

Popular Categories