the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, February 6, 2026
25.4 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Kem latihan ‘unik’ bantu kemenangan 4-0 Malaysia ke atas Vietnam – Cklamovski

KUALA LUMPUR: Ketua jurulatih skuad kebangsaan Peter Cklamovski menyifatkan kem latihan pasukan sebelum aksi Kelayakan Piala Asia AFC 2027 menentang Vietnam sebagai satu kem yang ‘unik’, sekali gus menekankan kepentingan membentuk semangat berpasukan dan keserasian dalam kalangan pemain.

Bercakap selepas persembahan cemerlang Harimau Malaya pada perlawanan kedua Kumpulan F yang berkesudahan menang 4-0 ke atas Vietnam malam tadi, Cklamovski mengakui kem latihan itu mempunyai pendekatan luar biasa, terutama selepas ramai pemain tidak beraksi pada perlawanan kompetitif sejak saingan Liga Super menutup tirainya.

“Kem ini agak mencabar, boleh dikatakan satu kem yang unik. Majoriti pemain dalam fasa rehat selepas tamat musim Liga Super. Kami bertemu lawan yang kuat seperti Cape Verde dan seperti yang anda tahu, satu lagi persembahan pasukan yang baik.

“…dan ia berterusan ke fasa akhir apabila kami menerima beberapa muka baharu yang menunjukkan komitmen membentuk semangat berpasukan yang sedang kami bina, juga budaya latihan yang kami bentuk. Anda boleh lihat kualiti yang semakin meningkat dalam pasukan ini,” katanya pada sidang media selepas perlawanan di Stadium Nasional Bukit Jalil malam tadi.

Bercakap mengenai percaturan pemain, Cklamovski menegaskan kepentingan memiliki skuad yang seimbang dan versatil, bukan bergantung sepenuhnya kepada barisan pemain utama yang tetap.

“Kami membuat pertukaran pemain dan mahu meningkatkan tahap permainan serta memberikan impak dari bangku simpanan. Namun, seperti yang anda tahu, kami tidak bergantung pada kesebelasan utama semata-mata. Kami adalah satu ‘Pasukan A’, dan itulah mentaliti yang sedang kami bentuk, dan ia meningkat dengan baik. Mentaliti dalam pasukan ini sangat kuat dan kami akan terus membinanya demi persembahan berpasukan,” katanya.

Pada perlawanan malam tadi, Malaysia menamatkan kemarau sebelas tahun tanpa kemenangan ke atas Vietnam hasil jaringan Joao Figueiredo, Rodrigo Holgado, Corbin Ong dan Dion Cools.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related

spot_img

Latest

AIMS continues to power Malaysia’s digital growth with 200MW AI data centre in Cyberjaya

AIMS Data Centre Sdn Bhd has completed the acquisition of about 10 acres of land in Cyberjaya from Cyberview Sdn Bhd, paving the way for the development of a 200MW AI-ready hyperscale data centre with an estimated investment of RM4 billion. Scheduled for completion in 2027, the facility will feature energy-efficient and sustainable designs, reinforcing Malaysia’s ambition to become an AI Nation by 2030. The project is expected to strengthen Cyberjaya’s position as a regional digital infrastructure hub while supporting job creation, talent development and growing demand from global cloud and AI players.

Most Viewed

Commerce.Asia backs rise of creator-led brands with scalable execution model

Commerce.Asia executive chairman Ganesh Kumar Bangah said consumer trust is shifting away from traditional brands and increasingly toward creators, communities and personal relationships, driving the rapid rise of influencer-led businesses. However, he stressed that while launching a brand is easier today, scaling sustainably requires operational discipline, supply chain control, reliable fulfilment and structured capital planning. Speaking at the launch of vegan beauty brand Numinara by actress Diana Danielle, Ganesh said the brand’s RM1 million sales milestone in under six months highlights how creator-driven demand can translate into long-term growth when backed by strong execution and infrastructure.
spot_img

Popular Categories