the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, December 3, 2025
28.3 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Siasatan kes kematian kadet PALAPES UTM kini diambil alih Bukit Aman

Kes kematian kadet PALAPES UTM Syamsul Haris kini disiasat Unit Siasatan Jenayah Terkelas Bukit Aman selepas AGC arah klasifikasi bawah Seksyen 302.

JOHOR BAHRU: Siasatan kes membabitkan pegawai kadet Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Syamsul Haris Shamsudin kini diambil alih oleh Bukit Aman.

Ketua Polis Johor CP Datuk Ab Rahaman Arsad berkata kes itu kini berada di bawah Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman.

“Dari segi proses siasatan serta langkah seterusnya, saya tidak dapat memberikan butiran lengkap kerana perkara ini berada di bawah tanggungjawab Bukit Aman,“ katanya di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor.

BACA: Menteri Pertahanan setuju tidak ulas kematian pelatih Palapes UTM

Beliau mengulas kenyataan Jabatan Peguam Negara (AGC) yang mengarahkan kes kematian Syamsul Haris diklasifikasikan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan untuk siasatan lanjut.

AGC memaklumkan keputusan itu dibuat selepas mendengar taklimat hasil siasatan PDRM berhubung kematian Allahyarham.

Syamsul Haris, 22, meninggal dunia di Hospital Kota Tinggi pada 28 Julai lalu selepas menjalani latihan di Pusat Latihan Tempur Tentera Darat di Ulu Tiram.

Kes itu sebelum ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

Mahkamah Tinggi Shah Alam kemudian membenarkan permohonan keluarga untuk penggalian semula kubur dan bedah siasat kali kedua.

Jenazah yang dikebumikan pada 29 Julai di Tanah Perkuburan Islam Kampung Riching Ulu, Semenyih, telah dibedah siasat semula di Hospital Kuala Lumpur pada 30 Ogos.

UTM dalam kenyataan berasingan memaklumkan pihaknya mengambil maklum keputusan AGC.

Universiti itu menegaskan komitmen untuk memberikan kerjasama penuh kepada PDRM dan Angkatan Tentera Malaysia dalam siasatan lanjut.

“UTM sentiasa berpegang kepada prinsip ketelusan dan kedaulatan undang-undang, serta menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa untuk melengkapkan siasatan,“ menurut kenyataan universiti itu. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

spot_img

Popular Categories