the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, December 7, 2025
26 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Kerajaan Melaka arah PBT periksa pokok tepi jalan

Kerajaan negeri Melaka mengarahkan PBT memeriksa pokok di tepi jalan bagi mengelak kejadian pokok tumbang yang boleh membahayakan pengguna jalan raya.

MELAKA: Kerajaan negeri Melaka mengarahkan semua pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk memeriksa pokok, terutamanya yang berada di tepi jalan raya, bagi memastikan keselamatan pengguna.

Arahan itu dibuat susulan kejadian semalam yang mengakibatkan seorang penunggang motosikal maut dan seorang pemandu wanita cedera selepas dihempap pokok tumbang di Jalan Tun Razak-Ayer Keroh.

Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri Datuk Rais Yasin berkata, walaupun setiap PBT mempunyai Jawatankuasa Cantasan Pokok, tindakan proaktif perlu diambil segera.

“Kita memang ada jawatankuasa itu dan mereka melaksanakan aktiviti tersebut secara berkala tetapi dalam keadaan cuaca tidak menentu akibat perubahan iklim, perkara itu (pokok tumbang) boleh berlaku,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Sambutan Hari Integriti Nasional dan Hari Antirasuah Kebangsaan peringkat Melaka 2025 di Dataran Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah hari ini.

Rais turut memaklumkan bahawa kebanyakan pokok di Melaka telah diinsuranskan dan mangsa boleh membuat tuntutan.

Kerajaan negeri juga akan melihat bantuan yang boleh dihulurkan kepada mangsa kejadian pokok tumbang itu.

Hadir sama pada majlis tersebut ialah Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh dan Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Katil Adly Zahari.

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

spot_img

Popular Categories