Monday, November 24, 2025
26.3 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Kerajaan Perak bantu calon SPM terjejas banjir duduki peperiksaan

Kerajaan Perak ambil langkah bantu calon SPM terjejas banjir duduki peperiksaan melalui kerjasama agensi dan kaunseling emosi

PARIT: Kerajaan negeri Perak melalui Jabatan Pendidikan Negeri akan mengambil langkah bersesuaian memastikan semua calon SPM yang terjejas banjir dapat menduduki peperiksaan tanpa kekangan.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan negeri Datuk Khairudin Abu Hanipah berkata langkah itu merangkumi pengaktifan kerjasama antara agensi untuk mengeluarkan calon dari kawasan terjejas.

“Kita juga sedang mengumpulkan data lengkap bagi merangka pelan kontingensi yang lebih efektif,” katanya selepas Program Impak@Komuniti IKBN Seri Iskandar 2025 di Kampung Tanjung Medan.

Khairudin turut meminta Pejabat Pendidikan Daerah dan sekolah menyediakan sesi kaunseling untuk mengurangkan tekanan emosi calon.

Semalam, Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek memaklumkan keutamaan memastikan calon SPM dapat duduki peperiksaan tanpa halangan.

OPS Payung telah diaktifkan sebagai langkah kesiapsiagaan melibatkan kerjasama pelbagai agensi.

Peperiksaan SPM 2025 melibatkan 413,372 calon di 3,350 pusat peperiksaan seluruh negara.

Perak antara negeri terjejas banjir dengan lebih 1,000 mangsa ditempatkan di 16 pusat pemindahan sementara hari ini. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

PM Anwar receives 19-gun salute in Kenya

Prime Minister Anwar Ibrahim was honoured with a 19-gun salute during his official welcome at Kenya's State House, highlighting growing bilateral ties between Malaysia and its third-largest African trading partner.
spot_img

Popular Categories