the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, December 22, 2025
24.4 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Kerajaan Perak mohon tambah kuota beras pengilang bumiputera

BAGAN SERAI: Kerajaan Negeri Perak akan memohon kepada Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) supaya kuota bekalan beras kepada pengilang, terutamanya bumiputera, ditingkatkan bagi memenuhi keperluan semasa dan menjamin bekalan makanan negara.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Perladangan, Pertanian dan Industri Makanan negeri, Datuk Mohd Zolkafly Harun, berkata langkah ini penting bagi memastikan pengilang besar dan kecil dapat bekerjasama dalam memulihkan industri beras serta menstabilkan bekalan.

“Sebagai contoh, di Perak kita ada pengilang Yop Zainan Sdn Bhd, sebuah syarikat yang telah beroperasi selama 54 tahun dan kini diuruskan oleh generasi ketiga. Syarikat ini hanya mempunyai kuota 300 tan metrik sebulan, yang masih belum mencukupi walaupun untuk pasaran di dalam negeri,“ katanya.

Beliau akan membawa perkara ini kepada Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu, dalam lawatan beliau ke Perak minggu depan. Cadangan penambahan kuota hingga 500 tan metrik sebulan akan dikemukakan bagi pengilang yang layak.

Mohd Zolkafly turut menyatakan hasrat ini selaras dengan titah Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah, yang menekankan kepentingan keterjaminan makanan. Kerajaan negeri juga sedang menggiatkan usaha untuk memperkukuh sekuriti makanan melalui Pelan Perak Sejahtera 2030.

Selain itu, beliau mencadangkan agar Beras Baiduri Cap Gajus keluaran Yop Zainan diangkat sebagai produk beras rasmi negeri Perak. Cadangan ini akan dibawa ke Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) dan jika dipersetujui, akan dipersembahkan kepada Sultan Nazrin Shah untuk kelulusan.

“Jika proses berjalan lancar, kita bercadang untuk memperkenalkannya secara rasmi bersempena Perak Agrofest pada 26 hingga 28 September ini,“ tambahnya. – Bernama

Related

spot_img

Latest

TQ WULING Bingo EV Arrives in Malaysia – Prices Start from RM67,800

TQ WULING has officially entered the Malaysian electric vehicle space with the launch of the locally assembled Bingo EV, a compact electric hatchback aimed squarely at everyday urban drivers. Introduced as the first model under the TQ WULING brand, the Bingo EV is the result of a strategic collaboration between Tan Chong Motor Holdings Berhad and SAIC-GM-Wuling, combining decades of local manufacturing experience with proven global EV technology.The Bingo EV is offered in two variants, with the Bingo PRO priced at RM67,800 and the Bingo MAX at RM72,800, making it one of the most accessible EVs currently available in Malaysia. As part of its launch campaign, TQ WULING is rolling out Bingo’s Fabulous Five Perks, which include a RM5,000 cash rebate. With this incentive applied, on-the-road prices drop to RM62,800 for the PRO and RM67,800 for the MAX, significantly lowering the barrier to EV ownership. Early customers are also encouraged by a low booking fee of RM50 via the tqwuling.my website.

Most Viewed

spot_img

Popular Categories