the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, January 30, 2026
24 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Kerajaan percepat projek kecil, waran perbelanjaan 2026 dikeluarkan awal

Kerajaan arah kementerian laksana projek kecil dengan segera, termasuk pembinaan jalan desa dan klinik, dengan waran perbelanjaan 2026 dikeluarkan pada 31 Dis 2025.

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata semua kementerian diarah supaya memastikan projek-projek kecil dilaksanakan dengan segera dan ia dikenal pasti seawal bulan depan.

Anwar, yang juga Menteri Kewangan, berkata projek berkenaan termasuk pembinaan jalan desa serta kuarters dan menaik taraf klinik daif dengan membenarkan kaedah lantikan terus kontraktor bagi projek bernilai sehingga RM200,000 serta sebut harga sehingga RM1 juta.

Beliau berkata bagi mempercepat pelaksanaan projek terbabit, kerajaan telah mengeluarkan waran am perbelanjaan untuk tahun ini lebih awal iaitu pada 31 Dis 2025 berbanding amalan sebelum ini sama ada bulan Mac atau April.

“Kerajaan memperuntukkan RM2.4 bilion bagi projek kecil untuk kumpulan kontraktor G1 hingga G4 yang kebanyakannya dikendalikan oleh kontraktor bumiputera.

“Pelaksanaan harus bermula sekarang di peringkat negeri dan pejabat daerah, dan semua proses perlu dipercepat,” katanya ketika menyampaikan Amanat Tahun 2026 pada Perhimpunan Bulanan Jabatan Perdana Menteri di sini hari ini.

Turut hadir Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil, Menteri Pengangkutan Anthony Loke, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz.

Anwar berkata pemulihan sekolah daif juga dibenarkan dan terbuka kepada prakelayakan kontraktor.

“Projek lain berjalan ikut jadual… saya tidak bimbang sangat tentang projek tebatan banjir kerana ia berjalan ikut keperluan… perumahan awam, projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL), Lebuhraya Pan Borneo yang sudah bermula… tetapi saya tekankan tentang projek-projek kecil yang harus dijalankan lebih cepat.

“Seperti kes jambatan roboh di Kuala Krai… betul ada masalah kerana tanah itu adalah tanah swasta… Menteri Besar dan Kerajaan Negeri memberikan kerjasama untuk kita segera perbaiki,” katanya. 

Beliau juga berkata semua isu rakyat termasuk rungutan hal-hal kecil harus diselesaikan segera tanpa menunggu laporan di media sosial.

“Mana mungkin kita bicara soal menara berkembar, jambatan panjang, LRT (sistem transit aliran ringan), dan macam-macam lagi tetapi jambatan robek anak-anak nak pergi sekolah tidak dapat diperbaiki,” katanya.

Perdana Menteri berkata Kementerian Ekonomi, Kementerian Kewangan dan Kementerian Kerja Raya perlu memastikan hal-hal kecil dilaksanakan segera sambil menegaskan bahawa tempoh tiga tahun sudah mencukupi untuk melihat pelaksanaan yang lebih berkesan.

Related

spot_img

Latest

World No. 1 Tennis Aryna Sabalenka Shines With The Multifaceted Brilliance Of A Natural Diamond

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 30 January 2026 - World No. 1 women's tennis player Aryna Sabalenka appears on Tatler's January double cover in a new light, stepping away from her fierce, decisive on‑court persona to reveal a composed, elegant side.

Redefining deep relaxation for every generation

Local health technology leader Gintell continues to champion healthier living through innovation with the launch of its latest massage chair series, featuring the advanced 8 Hands Twin Rollers massage technology.

Most Viewed

DFI Retail Group Celebrates Multiple Wins in YouGov’s Best Brands 2025 in Hong Kong

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 30 January 2026 - DFI Retail Group is delighted to have five of our brands recognised in YouGov's Best Brands 2025 Hong Kong rankings, with leading positions across the General Retail and Loyalty Programme sectors.
spot_img

Popular Categories