the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, December 3, 2025
28.3 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Kerajaan teliti kaedah baru tentukan kumpulan sasar bantuan

Kerajaan sedang teliti kaedah tentukan kumpulan sasar, termasuk pendekatan pendapatan boleh guna, untuk tambah baik bantuan sosial dan subsidi.

KUALA LUMPUR: Kerajaan sedang meneliti kaedah penguraian yang lebih sesuai untuk menentukan kumpulan sasar, termasuk mempertimbangkan pendekatan berasaskan pendapatan boleh guna.

Timbalan Menteri Ekonomi, Datuk Hanifah Hajar Taib berkata usaha itu memerlukan masa serta penelitian mendalam sebelum dapat dilaksanakan bagi memastikan keberkesanan dan ketepatan.

“Kerajaan pada masa ini masih mengekalkan pengelasan pendapatan seperti B40, M40 dan T20,” katanya di Dewan Rakyat.

BACA: Subsidi bersasar RON95 dijangka kurangkan defisit fiskal, tambah baik pengurusan hutang negara – Pakar Ekonomi

Beliau menambah dalam tempoh Rancangan Malaysia Ke-13, penentuan kumpulan sasar dalam pemberian bantuan sosial dan subsidi akan ditambah baik.

Hanifah Hajar berkata pemberian bantuan pada masa ini secara umumnya berdasarkan had kelayakan pendapatan garis kemiskinan yang mengambil kira keperluan asas isi rumah.

Beliau turut memaklumkan pendapatan penengahan kumpulan B40 telah meningkat dengan purata 5.2% kepada RM3,815 pada 2024 daripada RM3,440 dalam 2022.

Pendapatan penengahan M40 turut meningkat daripada RM7,694 pada 2022 kepada RM8,999 pada 2024 iaitu peningkatan purata 5.6%.

Kumpulan T20 pula menyaksikan peningkatan purata 2% daripada RM15,867 pada 2022 kepada RM16,517 pada 2024.

“Peningkatan ini mengambil kira daripada empat punca utama iaitu pendapatan bergaji, bekerja sendiri, harta dan pelaburan serta pindahan semasa,” katanya. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

spot_img

Popular Categories