the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, February 6, 2026
25.4 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Kerajaan Terengganu cadang tarik lesen pengusaha bot langgar peraturan

KUALA TERENGGANU: Kerajaan Negeri Terengganu akan mengemukakan cadangan kepada Jabatan Laut Malaysia untuk menarik balik atau menggantung lesen pengusaha bot pelancong yang didapati cuai sehingga menyebabkan kemalangan.

Langkah ini diambil susulan kejadian bot terbalik di Pulau Perhentian yang mengorbankan tiga nyawa baru-baru ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim negeri, Datuk Razali Idris, berkata tindakan tegas ini bertujuan memberi pengajaran kepada pengusaha bot supaya lebih mematuhi prosedur keselamatan.

“Di Terengganu, 70 peratus sektor pelancongan bergantung pada pantai dan pulau. Kami bekerjasama rapat dengan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan Jabatan Laut untuk memastikan penguatkuasaan lebih ketat,“ katanya dalam sidang media di Wisma Darul Iman hari ini.

Menurut Razali, terdapat 628 pengusaha bot berlesen yang beroperasi di pulau peranginan seperti Pulau Redang, Pulau Perhentian, Pulau Tenggol, Pulau Kapas, dan Pulau Lang Tengah.

Beliau menekankan bahawa pengusaha bot perlu mematuhi SOP termasuk memastikan penumpang memakai jaket keselamatan dan tidak membawa muatan melebihi kapasiti.

“Dalam kes terbaru di Pulau Perhentian, pengusaha bot didapati melanggar tiga peraturan utama – muatan berlebihan, penumpang tidak memakai jaket keselamatan, dan membawa bahan terlarang,“ jelasnya.

Kejadian pada 10.30 malam Sabtu lalu mengakibatkan kematian tiga ahli keluarga serta dua lagi cedera, termasuk seorang dalam keadaan kritikal.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related

spot_img

Latest

Commerce.Asia backs rise of creator-led brands with scalable execution model

Commerce.Asia executive chairman Ganesh Kumar Bangah said consumer trust is shifting away from traditional brands and increasingly toward creators, communities and personal relationships, driving the rapid rise of influencer-led businesses. However, he stressed that while launching a brand is easier today, scaling sustainably requires operational discipline, supply chain control, reliable fulfilment and structured capital planning. Speaking at the launch of vegan beauty brand Numinara by actress Diana Danielle, Ganesh said the brand’s RM1 million sales milestone in under six months highlights how creator-driven demand can translate into long-term growth when backed by strong execution and infrastructure.

Oxford Innotech secures second data centre contract worth RM4.8mil

Oxford Innotech Bhd (OXB) has secured a second data centre contract worth RM4.8 million within three weeks from the same Australia-based client, via its subsidiary CG Solutions Enterprise Sdn Bhd. The project involves supplying critical steel infrastructure and precision metal components for an advanced airflow management system, with the end user being one of the world’s largest cloud and e-commerce platforms. With this latest win, OXB’s total data centre-related contract value now stands at RM9.6 million, with completion expected by end-2026.

Most Viewed

spot_img

Popular Categories