the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, February 3, 2026
21.8 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Kereta terbabas terjunam sungai di Alor Setar, seorang individu dikhuatiri lemas

Seorang individu dikhuatiri lemas selepas kereta dinaikinya terbabas dan terjunam ke dalam sungai di Jalan Ampang Bay, Alor Setar hari ini.

ALOR SETAR: Seorang individu dikhuatiri lemas selepas kereta yang dinaikinya dipercayai terbabas sebelum terjunam ke dalam sungai di Jalan Ampang Bay.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah menerima panggilan mengenai kejadian itu pada 10.37 pagi.

Pasukan bomba tiba di lokasi kira-kira lima minit kemudian.

Pusat Gerakan Operasi Kedah mendapat maklumat berhubung sebuah kereta yang terbabas dan terjunam ke dalam sungai, dipercayai mengandungi seorang mangsa.

Anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Alor Setar bergegas ke lokasi kejadian.

Mereka turut dibantu oleh Pasukan Penyelamat di Air dari Jitra dan Sungai Petani.

Pasukan penyelamat masih mengesan lokasi kedudukan kereta berkenaan.

Pemantauan serta pencarian di permukaan air sedang dijalankan ketika ini.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

Align Braces Clinic Marks 7th Anniversary: Reflecting on Growth and Development

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 2 February 2026 - Align Braces Clinic celebrates their 7th anniversary this year, marking seven years of growth and expansion in orthodontic services in Singapore.
spot_img

Popular Categories