Kerja pemasangan gantri iklan di laluan Damansara-Subang NKVE bermula malam ini, pengguna dinasihat rancang perjalanan
KUALA LUMPUR: Kerja-kerja pemasangan struktur gantri paparan iklan akan dilaksanakan di Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) malam ini.
Kerja tersebut akan dijalankan di laluan antara Damansara dan Subang di KM16.33.
PLUS Malaysia Berhad memaklumkan kerja-kerja itu melibatkan kedua-dua arah lebuh raya bermula jam 10 malam hingga 5 pagi esok.
“Kami menjangkakan akan berlakunya gangguan trafik yang minimum di lokasi semasa kerja-kerja dijalankan,” menurut kenyataan PLUS.
Pengguna lebuh raya dinasihatkan merancang perjalanan masing-masing serta mematuhi semua papan tanda trafik.
Mereka juga perlu mengikut arahan petugas PLUS ketika melalui kawasan terbabit.
Maklumat trafik terkini boleh diperoleh melalui Aplikasi PLUS atau Pembantu Maya PUTRI.
Orang ramai juga boleh merujuk aplikasi X @plustrafik atau Paparan Mesej Elektronik (VMS) di lokasi terpilih.
Talian PLUSLine di 1800-88-0000 disediakan sekiranya memerlukan bantuan kecemasan.








