the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, January 15, 2026
23.1 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Kerjasama dengan parti nasional selari prinsip PBS – Joachim

Pemangku Presiden PBS Joachim Gunsalam tegaskan kerjasama dengan parti nasional selari realiti politik dan kepentingan rakyat Sabah.

PENAMPANG: Pemangku Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam menegaskan kerjasama dengan parti nasional tidak bercanggah dengan prinsip parti itu.

Beliau berkata kerjasama itu selari dengan realiti politik semasa serta kepentingan rakyat Sabah.

Dr Joachim yang juga Timbalan Ketua Menteri I berkata kerjasama Kerajaan Negeri Sabah dengan Kerajaan Persekutuan sejajar dengan semangat persatuan serta hubungan perlembagaan.

“Kita akan mematuhi perlembagaan negeri Sabah, kita mematuhi Perlembagaan Persekutuan,“ katanya semasa merasmikan Majlis Persidangan Perwakilan Tahunan PBS ke-40.

Beliau turut menolak naratif pihak tertentu yang cuba memesongkan slogan ‘Sabah for Sabahan’ sebagai retorik anti-Malaya.

“Ini bukan semangat sebenar slogan Sabah for Sabahan,“ tegasnya.

Beliau menjelaskan slogan itu bermaksud memastikan anak-anak Sabah memegang jawatan penting dalam kerajaan negeri dan Persekutuan.

Dr Joachim berkata gagasan ‘Rumah Kita, Kita Jaga’ oleh Gabungan Rakyat Sabah (GRS) membawa makna lebih luas.

“Slogan itu bukan sahaja merujuk kepada Sabah, tetapi juga kepada rumah besar yang kita kongsi iaitu negara Malaysia,“ ujarnya.

Beliau menambah jika Sabah maju dan stabil, Malaysia turut maju dan stabil.

Sementara itu, Dr Joachim berkata beliau sependapat dengan pandangan Pengerusi GRS Datuk Seri Hajiji Noor.

Beliau bersetuju GRS mungkin mempertimbangkan untuk tidak bertanding pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Kinabatangan dan DUN Lamag.

“Saya rasa ia keputusan yang wajar jika kita mahukan kestabilan di negeri ini,“ katanya.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan PRK Parlimen Kinabatangan dan DUN Lamag pada 24 Januari 2026.

PRK perlu diadakan susulan kematian penyandangnya Datuk Seri Bung Moktar Radin pada 5 Disember lepas.

Related

spot_img

Latest

MOSTI lancar dua dokumen strategik pacu ekonomi bernilai tinggi

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi melancarkan Laporan Indeks Inovasi Malaysia 2025 dan Laporan STI Foresight 2025-2040 sebagai asas pembangunan ekonomi berteraskan bakat dan inovasi.

MAG set to operate more than 2,400 flights for CNY

Malaysia Airlines will operate up to 1,498 flights, with an additional 130 services to support heightened festive travel demand while Firefly will operate up to 962 flights between Feb 13 and 23, with up to 68 additional services.

Most Viewed

spot_img

Popular Categories