the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, January 12, 2026
22 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Kerjasama kerajaan, ibu bapa dan guru penting untuk pendidikan – PM

PM Anwar Ibrahim tekankan kerjasama erat kerajaan, ibu bapa dan warga pendidik penting untuk kejayaan sistem pendidikan negara.

KUALA LUMPUR: Kejayaan sistem pendidikan negara bergantung pada kerjasama erat antara kerajaan, ibu bapa dan warga pendidik.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan pendidikan terus menjadi keutamaan negara.

“Hubungan mantap antara semua pihak penting untuk memastikan anak-anak menerima sokongan menyeluruh, sama ada di sekolah mahupun di rumah,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Anwar berkongsi lawatannya bersama isteri ke beberapa sekolah bagi memantau pengedaran Bantuan Awal Persekolahan (BAP).

Beliau berkata BAP adalah inisiatif penting kerajaan untuk meringankan beban ibu bapa.

Lawatan itu turut memberi peluang menyantuni murid-murid yang baru melangkah ke alam persekolahan.

“Melihat keterujaan mereka mengingatkan kita bahawa setiap anak tidak hanya menggendong harapan menggunung ibu bapa, tetapi turut memikul keyakinan para guru dan cita besar masa depan negara,” katanya.

Anwar menambah sekolah adalah ruang awal dalam pembentukan sahsiah, disiplin dan jati diri.

Bermula tahun ini, kalendar akademik bagi Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan kembali pada Januari.

Sesi persekolahan bagi Kumpulan B bermula hari ini, manakala Kumpulan A iaitu Kedah, Kelantan dan Terengganu bermula semalam.

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

spot_img

Popular Categories