Sunday, November 16, 2025
25.4 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Kerjasama parti tempatan dan nasional penting selepas PRN Sabah – Anwar

Perdana Menteri tekankan kerjasama erat parti tempatan dan nasional untuk kelangsungan pembangunan Sabah selepas pilihan raya negeri

TENOM: Kerjasama erat antara parti tempatan dan nasional penting bagi memastikan kelangsungan pembangunan Sabah selepas Pilihan Raya Negeri ke-17.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menekankan bahawa Sabah telah mencapai banyak kemajuan di bawah pentadbiran kerajaan Gabungan Rakyat Sabah bersama Pakatan Harapan.

“Saya setuju kita perlukan parti nasional dan parti tempatan, kerana kalau tiada kerjasama… tidak jalan (pembangunan),” katanya dalam Majlis Program Ramah Mesra Harapan Urang Sabah Bersama Masyarakat Melalap.

Beliau menegaskan sikap tidak sombong dan menolak individu yang mahu mencuri duit rakyat serta malas bekerja merupakan prinsip penting.

“Kalau dia baik dan bekerja kita sokong, tengok rekod dia. Kalau saya tidak buat apa-apa, masalah jalan dan air tidak akan selesai,” ujar Anwar.

Anwar yang juga Pengerusi PH berkata kemenangan PH dalam PRN Sabah penting untuk memastikan kelangsungan kerjasama mantap antara kerajaan negeri dan Persekutuan.

“PH bukan mahu rebut jawatan Ketua Menteri, kita bertanding kerana mahu kekalkan dasar dan mahu bekerjasama dengan negeri.”

Beliau menekankan keperluan menyokong parti kerajaan untuk menyelesaikan masalah air, jalan berlubang dan elektrik yang masih belum selesai.

“Kita mahu ada hubungan baik antara kerajaan negeri dan Persekutuan agar masalah ini dapat diselesaikan segera.”

Calon PH bagi kerusi DUN Melalap Datuk Jamawi Jaafar turut hadir dalam majlis tersebut.

Jamawi bertanding atas tiket PH berdepan saingan tujuh penjuru di DUN Melalap yang terletak dalam Parlimen Tenom.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan hari pengundian bagi PRN Sabah pada 29 November manakala undi awal pada 25 November. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

spot_img

Popular Categories