the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, December 19, 2025
25.7 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Kes penipuan tawaran kerja meningkat 146%, kerugian mencecah RM202 juta

Polis catat 8,484 kes penipuan tawaran kerja sambilan pada 2025 dengan kerugian RM202.58 juta, meningkat 146% berbanding tahun lepas

KUALA LUMPUR: Sebanyak 8,484 kes penipuan tawaran pekerjaan sambilan direkodkan di seluruh negara dari 1 Januari hingga 14 Disember tahun ini.

Kerugian kewangan yang dilaporkan mencecah RM202.58 juta.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman Datuk Rusdi Mohd Isa berkata jumlah kes itu meningkat 146% berbanding tempoh sama tahun lepas.

Tahun lepas hanya 3,451 kes dilaporkan dengan kerugian RM118.83 juta.

“Peningkatan ini menunjukkan jenayah penipuan itu bukan sahaja semakin berleluasa malah memberi kesan kewangan besar kepada mangsa,” katanya dalam kenyataan.

Sindiket lazimnya menggunakan media sosial dan aplikasi pesanan segera untuk menawarkan pekerjaan sambilan.

Mereka menjanjikan pulangan tinggi dalam tempoh singkat sebelum meminta mangsa membuat bayaran pendahuluan ke akaun keldai.

Rusdi menegaskan tiada majikan yang sah akan meminta sebarang bayaran pendahuluan daripada calon pekerja.

Orang ramai dinasihati supaya sentiasa berwaspada dan tidak mendedahkan maklumat peribadi atau perbankan.

Mereka yang mengesyaki menjadi mangsa penipuan disarankan membuat laporan polis dengan segera.

Mangsa juga boleh menghubungi Pusat Respons Penipuan Kebangsaan (NSRC) menerusi talian 997 untuk tindakan awal.

“Ini bagi membolehkan pihak berkuasa mengesan dan membekukan aliran kewangan terlibat,” jelas Rusdi.

JSJK akan terus mempergiat usaha pencegahan, siasatan dan penguatkuasaan bagi membanteras jenayah itu secara menyeluruh. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

China turns Hainan Island into special customs supervision zone

HAIKOU, CHINA - Media OutReach Newswire - 18 December 2025 - China on Thursday launched island-wide special customs operations in the Hainan Free Trade Port (FTP), the world's largest FTP by area, allowing freer entry of overseas goods, expanding zero-tariff coverage and more business-friendly measures.
spot_img

Popular Categories