the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, January 7, 2026
22.5 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

KKM tetapkan 2026 sebagai tahun pelaksanaan reformasi kesihatan

Kementerian Kesihatan Malaysia gariskan empat lonjakan utama untuk reformasi sistem kesihatan pada 2026, fokus kepada pendigitalan, pembiayaan, modal insan dan anjakan paradigma kesihatan.

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) menetapkan tahun 2026 sebagai fasa pelaksanaan reformasi menyeluruh sistem kesihatan negara.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata empat lonjakan utama telah digariskan sebagai panduan gerak kerja KKM sepanjang tahun ini.

Lonjakan itu ialah pendigitalan menyeluruh, reformasi pembiayaan, modal insan dan kebajikan serta kesihatan awam dan etika.

“Jika tahun-tahun sebelum ini adalah mengenai ‘mendiagnosis’ dan merancang, 2026 adalah tahun untuk kita melaksana,” katanya kepada media selepas majlis amanat di sini.

Beliau menegaskan masanya telah tiba untuk perubahan struktur yang tuntas bagi memastikan sistem kesihatan benar-benar bersedia menghadapi cabaran masa hadapan.

Di bawah lonjakan pendigitalan, KKM mahu memperluas sistem pendigitalan kesihatan meliputi Total Hospital Information System (THIS) ke 16 hospital.

Ia juga melibatkan Cloud-Based Clinic Management System (CCMS) ke 2,489 fasiliti kesihatan primer dan Dental Information System ke 157 klinik pergigian.

KKM akan mengoperasikan papan pemuka berpusat untuk memantau fasiliti secara masa nyata menerusi Menara Kawalan (Integrated Dashboard).

Langkah ke arah pewujudan National Health Interoperability Platform (NHIP) juga akan dimulakan sebagai visi jangka panjang.

Di bawah lonjakan reformasi pembiayaan, KKM akan memperkukuh mekanisme pembayaran berasaskan Diagnosis-Related Group (DRG).

Ini bagi menyeragamkan kos rawatan dan mengelakkan ketirisan.

Kerangka RESET turut akan dilaksanakan menerusi kerjasama dengan Bank Negara Malaysia, Kementerian Kewangan serta penyedia insurans dan takaful.

Ia bertujuan menstruktur semula insurans dan takaful kesihatan yang lebih adil, termasuk pelaksanaan ciri pembayaran bersama.

Lonjakan modal insan menyasarkan lantikan tetap baharu melibatkan 4,500 pegawai perubatan dan 935 jururawat.

Papan Pemuka Sumber Manusia Bersepadu juga akan dioperasikan untuk memberikan gambaran menyeluruh tenaga kerja di seluruh fasiliti KKM.

Lonjakan kesihatan awam dan etika pula menyaksikan anjakan paradigma radikal daripada Sick-Care kepada Health-Care.

Pusat Sumber Transplan Nasional (NTRC) akan distruktur semula untuk meningkatkan kadar pendermaan organ yang masih rendah.

Usaha menubuhkan Majlis Transplan Kebangsaan yang mempunyai punca kuasa untuk mendapatkan data dan menguruskan sumber dengan lebih baik sedang dijalankan.

Semakan polisi dan perundangan semasa terutamanya untuk Akta Tisu Manusia 1974 akan dilaksanakan bersekali.

Malaysia akan mempengerusikan Mesyuarat Menteri-Menteri Kesihatan ASEAN (AHMM) 2026 pada Ogos ini di Kuala Lumpur.

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

Prasarana’s procurement of train sets awarded to CRRC

Prasarana Malaysia Bhd’s procurement of 26 new train sets for the Kelana Jaya Line has been awarded to China Railway Rolling Stock Corporation (CRRC), said Transport Minister Anthony Loke Siew Fook.
spot_img

Popular Categories