the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, December 8, 2025
23.8 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

KKR minta orang ramai beri maklumat pengalihan penghadang di lokasi kemalangan

KKR minta orang ramai beri maklumat siapa yang alihkan tanda amaran dan penghadang konkrit di lokasi kemalangan maut di Hulu Terengganu

KUALA LUMPUR: Kementerian Kerja Raya (KKR) meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan pihak yang mengalihkan tanda amaran dan penghadang konkrit di lokasi kemalangan maut di Hulu Terengganu agar tampil membantu siasatan.

Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata kementerian memandang serius tindakan pihak tidak bertanggungjawab itu.

Beliau menegaskan kawasan berkenaan telah ditutup dan dilengkapi langkah keselamatan mengikut prosedur operasi standard.

“Kalau didakwa (tanda amaran dan penghadang konkrit itu) dialihkan, penting untuk kita tahu siapa yang mengalihkan itu,” katanya.

Nanta menambah KKR tidak mengalihkan tanda amaran dan penghadang konkrit tersebut.

Beliau berkata siasatan di lokasi kejadian sedang dijalankan mengikut tatakelola KKR.

Namun pihaknya belum dapat memastikan pihak yang mengubah kedudukan penghadang keselamatan tersebut.

“Kita belum tahu lagi… kalau sesiapa tahu, bagitahu kepada kita,” ujarnya.

Insiden itu berlaku Jumaat lepas di Kilometer 52 Jalan Kuala Jeneris-Sungai Gawi-Aring (Bukit Kawah).

Sepasang bakal pengantin yang menaiki SUV dari arah Hulu Terengganu menuju ke Gua Musang maut dalam kejadian itu.

Kenderaan mereka terbabas dan terhumban ke gaung sedalam 61 meter.

Polis sebelum ini memaklumkan faktor kecuaian dipercayai menjadi punca insiden.

Pemeriksaan mendapati tanda amaran dan penghadang konkrit di lokasi kejadian telah dialihkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

spot_img

Popular Categories