the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, December 19, 2025
25.7 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Kod QR di KLIA berjaya kurangkan kesesakan, pelepasan lima saat

Penggunaan kod QR di KLIA berjaya mengurangkan kesesakan, dengan proses pelepasan penumpang hanya mengambil lima hingga tujuh saat

SEPANG: Penggunaan kod respons pantas (QR) bagi proses pelepasan dan ketibaan di pintu masuk negara berjaya mengurangkan kesesakan dan meningkatkan kecekapan operasi.

Penumpang kini melalui pelepasan dalam tempoh lima hingga tujuh sahaja di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Teknologi yang diperkenalkan awal tahun ini di KLIA Terminal 1 dan Terminal 2 terbukti mengurangkan isu kesesakan terutamanya pada waktu puncak dan musim perayaan.

Tinjauan mendapati penumpang yang menggunakan kod QR menerusi aplikasi MyBorderPass tidak perlu beratur panjang.

Mereka menikmati aliran pergerakan yang lebih lancar dan tersusun berbanding kaedah manual atau pagar automatik konvensional.

Warga emas, Tan Choo Lan, 72, berkata penggunaan QR untuk pelepasan di imigresen sememangnya menjimatkan masa.

“Saya memang selalu gunakan kod QR kerana tidak perlu pegang pasport, boleh simpan dalam beg sahaja dan ia lebih selamat,” katanya.

Juruterbang Alif Rahim, 40, berkata penggunaan kod QR membantu mempercepat proses pelepasan terutama pada waktu puncak.

“Penggunaan kod QR juga memudahkan pelancong dan saya memang gunakan aplikasi ini kerana ia sangat efisien,” katanya.

Bagi Mohd Safri Azman, pengunaan kod QR memberikan pengalaman berbeza kerana pengguna tidak lagi beratur panjang.

“Ia memang sangat memudahkan, cepat dan tidak sesak,” katanya yang ingin bercuti ke Vietnam bersama keluarganya.

Kerajaan memperkenalkan inisiatif penggunaan kod QR bagi pelepasan di KLIA Terminal 1 dan 2 sejak awal tahun ini.

Inisiatif itu adalah dalam usaha mengurangkan kesulitan rakyat dan menangani isu kesesakan di pintu masuk negara.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dilapor berkata inisiatif ini bakal memberikan pengalaman perjalanan yang lebih pantas, lancar dan efisien. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

ICT Zone Q3 net profit rises to RM4.4m on strong recurring techfin growth

ICT Zone Asia Bhd posted a net profit of RM4.40 million for the third quarter ended October 31, 2025, driven by sustained growth in its recurring techfin income streams. With revenue of RM41.23 million and an unbilled order book of RM267.16 million anchored by long-term contracts, the group continues to strengthen multi-year earnings visibility as demand rises for subscription-based, AI-ready ICT solutions.
spot_img

Popular Categories