the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 30, 2026
25.3 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Kolokium Timbang Tara Antarabangsa London himpun pakar undang-undang bincang kes Sulu

KUALA LUMPUR: Kolokium Timbang Tara Antarabangsa London anjuran Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang di Jabatan Perdana Menteri serta rakan kerjasamanya hari ini berjaya menghimpunkan pakar perundangan dan industi bagi membincangkan batasan timbang tara antarabangsa khususnya terhadap negara berdaulat seperti dalam kes Sulu yang membabitkan Malaysia.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said berkata persidangan itu telah meneliti isu teras yang timbul daripada kes berprofil tinggi serta membabitkan tuntutan berbilion dolar itu yang menyaksikan Malaysia baru-baru ini berjaya memperoleh penghakiman penting daripada Mahkamah Rayuan Paris dan Mahkamah Rayuan The Hague.

Beliau berkata acara hari ini menampilkan beberapa siri perbincangan panel mengenai cabaran bidang kuasa dalam timbang tara pelaburan, kesan tuntutan pelaburan ke atas negara dan kedaulatan serta keutuhan wilayahnya dan peranan pembiayaan pihak ketiga untuk mendapat keadilan.

“Demi kepentingan Malaysia dan dasar yang sudah sekian lama menjadi pegangan negara iaitu menegakkan kesucian undang-undang antarabangsa serta timbang tara komersial antarabangsa. Kes Sulu telah dibincangkan semasa persidangan mengenai peranan pembiaya litigasi pihak ketiga dalam meneruskan tuntutan ke atas negara berdaulat,“ menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Kolokium itu membawa bersama ilmu dan pengalaman rakan-rakan persidangan untuk menyampaikan penilaian akademik secara mendalam akan impak kes Sulu dan masa depan timbang tara antarabangsa yang melibatkan pelaburan asing dengan negara-negara berdaulat.

Kolokium Timbang Tara Antarabangsa London 2023: Kedaulatan Negara dan Kekebalan dalam Timbang Tara Komersial telah berlangsung di Pusat Resolusi Pertikaian Antarabangsa (IDRC), London semalam.

Turut menganjurkan kolokium itu ialah Kementerian Luar, Pusat Timbang Tara Antarabangsa Asia (AIAC), Pusat Resolusi Pertikaian dan Timbang Tara SOAS University of London (SADRC) serta Pusat Resolusi Pertikaian Antarabangsa (IDRC). – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

World’s First Commercial Multimodal LLM for Cultural Tourism Enters Broad Application

XI'AN, CHINA - Media OutReach Newswire - 29 June 2026 - The world's first commercial multimodal large language model (LLM) for cultural tourism, called BoGuan, has entered broad application in Xi'an, China.

Hainan FTP marks 6-month milestone of special customs operations, signs deals during Hong Kong...

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 29 June 2026 - As the Hainan Free Trade Port (FTP) marked the six-month milestone since the launch of its full special customs operations, a Hainan provincial delegation wrapped up a three-day visit to Hong Kong.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings