Wednesday, November 5, 2025
23.3 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

KPDN gagalkan cubaan seludup 3,000 liter petrol di Kota Bharu

The Sun Webdesk

Operasi KPDN Kelantan berjaya menggagalkan cubaan seludup 3,000 liter petrol, tahan seorang suspek dan rampas tiga kenderaan di Jambatan Sultan Yahya Petra.

KOTA BHARU: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan menggagalkan cubaan menyeludup 3,000 liter petrol dalam satu operasi bersepadu.

Operasi membanteras penyelewengan barang kawalan itu dijalankan di Jambatan Sultan Yahya Petra, Kampung Langgar.

Pengarah KPDN Kelantan Azman Ismail berkata operasi bermula 4.35 pagi itu dijalankan bersama Pasukan Polis Marin Wilayah 3 Pengkalan Kubor.

Satu lelaki tempatan berjaya ditahan manakala dua lagi suspek sempat melarikan diri.

Pemeriksaan ke atas tiga kenderaan yang ditinggalkan suspek menemui 3,000 liter petrol dengan nilai rampasan dianggarkan RM23,800.

“Terdahulu, pihak berkuasa telah mengarahkan kenderaan terbabit supaya berhenti, namun kesemua pemandu berkenaan bertindak memecut laju dan berpatah balik melawan arus bagi mengelak daripada ditahan,” katanya.

Sebuah Proton Wira Aeroback berhenti di bahu jalan di atas jejambat sebelum pemandunya melarikan diri.

Pemeriksaan menemui 40 tong penuh disyaki berisi minyak petrol dianggarkan 25 liter setiap tong menjadikan jumlah 1,000 liter.

Sebuah lagi Proton Wira Aeroback turut membawa 40 tong berisi petrol dengan anggaran 1,000 liter.

Kes ketiga melibatkan Proton Gen-2 yang turut membawa 40 tong berisi petrol dengan jumlah sama.

Kes disiasat di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 kerana memiliki barang kawalan dengan niat untuk melakukan kesalahan. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

Railtown AI Collaborates with TELUS Sovereign AI Factory to Accelerate Agentic Development for Canadian Software Affiliates

ancouver, British Columbia - Newsfile Corp. - November 4, 2025 - Railtown AI Technologies Inc. (CSE: RAIL) (OTCQB: RLAIF) ("Railtown", "Railtown AI", or the "Company") and TELUS today announced that Vancouver-based Railtown will deploy advanced agentic software development solutions through TELUS' Sovereign AI Factory.
spot_img

Popular Categories

spot_imgspot_img