the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 11, 2026
28.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Warga asing sembunyi dalam tangki air elak serbuan imigresen

State Election

Johor State Election 2026

11 July 2026 Johor, Malaysia
Learn more

Serbuan JIM di Kuala Lumpur tahan 150 warga asing yang gunakan taktik ekstrem seperti sembunyi dalam tangki air dan lempar parang.

KUALA LUMPUR: Taktik ekstrem seperti bersembunyi di dalam tangki air dan melempar parang dari tingkat atas bangunan digunakan sekumpulan warga asing untuk mengelak ditahan.

Bagaimanapun, taktik itu gagal mengecoh Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kuala Lumpur dalam dua serbuan berasingan awal pagi tadi.

Serbuan Ops Kutip itu membawa kepada penahanan 150 warga asing di sebuah pangsapuri di Selayang dan sebuah penempatan haram di Jalan Klang Lama.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JIM Datuk Lokman Effendi Ramli berkata serbuan pertama di Selayang melibatkan 52 pegawai hasil risikan dua minggu.

“Dalam operasi itu, 326 individu diperiksa dan 79 warga asing ditahan,” katanya.

Mereka yang ditahan terdiri daripada warga Indonesia, Nepal, India, Bangladesh, Pakistan dan Myanmar berusia antara 17 hingga 55 tahun.

Mereka bekerja dalam pelbagai sektor termasuk sebagai pengawal keselamatan, pembantu kedai makan dan pekerja tapak pembinaan.

Pemeriksaan mendapati unit kediaman tiga bilik disewa kira-kira RM600 seunit dan dihuni secara beramai-ramai.

Keadaan itu menyebabkan isu kebersihan, bau tidak menyenangkan serta berpotensi mengundang masalah kesihatan dan sosial.

Serbuan kedua di Jalan Klang Lama pula menyaksikan 71 warga asing ditahan.

Penahanan itu terdiri daripada warga Indonesia, Myanmar, India dan Pakistan.

Penempatan haram itu dilengkapi pelbagai kemudahan asas tetapi penghuni dipercayai menyewa ‘atas angin’ tanpa mengenali pemilik tanah sebenar.

Tiada sambungan elektrik yang sah dan mereka menggunakan sambungan haram daripada sumber berdekatan.

Lokman Effendi menegaskan penguatkuasaan undang-undang imigresen akan dilaksanakan secara menyeluruh tanpa kompromi.

“Penguatkuasaan akan dijalankan ke atas pendatang tanpa izin dan juga majikan yang menggajikan mereka,” katanya.

Semua yang ditahan dipercayai melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Greenbriar Announces the Closing Stage for Sage Ranch

Scottsdale, Arizona - Newsfile Corp. - July 10, 2026 - Greenbriar Sustainable Living Inc. (TSXV: GRB) (OTC Pink: GEBRF) ("Greenbriar" or the "Company") is pleased to announce that the company has commenced the following pre-closing activities:

Green SM Wins Double Honors at the HR Asia Awards 2026

HO CHI MINH CITY, VIETNAM - Media OutReach Newswire - 10 July 2026 - Green SM has been recognized with two prestigious accolades at the HR Asia Awards 2026: "Best Companies to Work for in Asia – Vietnam" and the Technology Empowerment Awards.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings