the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, June 29, 2026
28.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

KPDN serbu dua premis hiburan langgar hak cipta, sita set karaoke

GEORGE TOWN: Dua premis hiburan disyaki melakukan pelanggaran hak cipta terhadap karya yang didaftar dan digunakan tanpa kebenaran bagi tujuan komersial di Jalan Sri Bahari dan Jalan Kek Chuan di sini diserbu Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Pulau Pinang semalam.

Pengarah KPDN negeri S. Jegan berkata seramai 20 anggota penguat kuasa KPDN bersama lapan wakil Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) menyertai serbuan tersebut, susulan aduan daripada wakil pemilik hak cipta.

Beliau berkata premis itu merupakan pusat hiburan berlesen yang menyediakan perkhidmatan karaoke dan hasil serbuan mendapati perisian karya muzik itu melanggar hak cipta di bawah kesalahan Akta Hak Cipta 1987.

“Sitaan dilakukan ke atas pelbagai peralatan elektronik iaitu set karaoke yang mengandungi beberapa jenis perisian karya muzik yang disyaki salinan langgaran 14 lagu, enam unit mikrofon, satu set karaoke digital audio, empat set pembesar suara, dua televisyen dan satu unit sistem karaoke layar sentuh yang dianggarkan bernilai RM30,000 untuk siasatan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jegan berkata serbuan itu dibuat selepas kedua-dua premis itu masih berdegil dengan melakukan pelanggaran hak cipta karya meskipun sudah berulang kali diberi amaran dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Hak Cipta 1987.

Sehubungan itu, beliau mengingatkan semua pihak yang menggunakan mana-mana karya hak cipta bagi aktiviti perniagaan supaya memohon kelulusan daripada pemilik hak cipta atau tindakan tegas akan diambil sekiranya karya itu didapati dicetak rompak.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Telematics for commercial vehicles to be phased in from 2026

Transport Minister Anthony Loke announces a phased telematics system for commercial vehicles from 2026 to 2028, starting with voluntary adoption and moving towards mandatory use.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings