the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, December 3, 2025
22.9 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

KPT sedia beri kerjasama penuh polis siasat aktiviti songsang pelajar

Kementerian Pendidikan Tinggi akan bekerjasama penuh dengan polis dalam siasatan aktiviti hubungan songsang melibatkan pelajar universiti di Pulau Pinang

PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) akan memberikan kerjasama penuh kepada Polis Diraja Malaysia berhubung siasatan melibatkan sekumpulan pelajar universiti yang disyaki terlibat dalam aktiviti hubungan songsang di Pulau Pinang.

Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata kementerian tidak akan melindungi mana-mana individu sekiranya berlaku pelanggaran undang-undang.

“Bagi kita, sebarang hal yang berada di bawah bidang kuasa pihak berkuasa akan diserahkan sepenuhnya kepada mereka. Kita tidak melindungi mana-mana pihak,” katanya.

Beliau menegaskan bahawa pihak berkuasa berhak mengambil tindakan sewajarnya terhadap sebarang perkara yang dilakukan di luar lingkungan undang-undang.

Zambry berkata KPT sentiasa menekankan aspek disiplin, keselamatan dan integriti pelajar.

Bagaimanapun, tindakan berkaitan kesalahan jenayah atau salah laku di luar kampus tertakluk kepada siasatan pihak berkuasa.

KPT akan mengikuti rapat perkembangan kes itu dan bekerjasama jika diperlukan bagi memastikan proses siasatan berjalan lancar.

Sebelum ini, polis dilaporkan menahan 13 lelaki termasuk dua warga asing kerana disyaki terbabit dengan aktiviti persundalan luar tabii.

Daripada jumlah itu, 11 adalah pelanggan premis terdiri sembilan lelaki tempatan dan dua lelaki warga asing berumur antara 19 hingga 66 tahun.

Dua lagi tangkapan ialah pekerja dan pemilik premis berumur 57 dan 59 tahun.

Kes itu disiasat di bawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan kerana disyaki melakukan persetubuhan yang bertentangan aturan tabii.

Ia juga disiasat di bawah Seksyen 292 Kanun Keseksaan berhubung bahan lucah yang ditemukan dalam telefon bimbit.

Mereka yang ditahan masih direman hingga 5 Disember ini. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

spot_img

Popular Categories