the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, February 5, 2026
24.6 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Kutipan zakat Sarawak meningkat, peranan Baitulmal diperkukuh

Kutipan zakat Sarawak meningkat berterusan, mengukuh peranan Baitulmal dan menyokong pembangunan menyeluruh, kata Premier Abang Johari.

KUCHING: Penubuhan dan pengukuhan Baitulmal Sarawak sejak 1985 membolehkan kutipan zakat negeri terus meningkat dari tahun ke tahun.

Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata peningkatan itu hasil sumbangan entiti komersial Islam yang semakin berkembang.

Beliau berkata peningkatan kutipan zakat perniagaan membolehkan kerajaan negeri melabur dalam sektor tertentu yang memberi manfaat kepada umat Islam.

Ini juga menyokong pembangunan sosial dan ekonomi masyarakat secara menyeluruh.

“Sebab itulah kita perlu menubuhkan kerajaan yang adil kepada semua kerana menjadi tanggungjawab kita untuk menjaga masyarakat Islam dan bukan Islam,” katanya.

Abang Johari berkata pendekatan itu mencerminkan pengamalan semangat zakat serta keprihatinan kerajaan negeri terhadap kebajikan rakyat.

Ia menjadi asas kepada pembentukan sebuah kerajaan yang adil kepada semua tanpa mengira latar belakang agama.

Beliau berkata Sarawak merupakan satu-satunya negeri mempunyai Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR).

Unit itu menyalurkan bantuan kepada bukan Islam.

Abang Johari berkata pendekatan itu berpandukan Piagam Madinah yang menekankan prinsip keadilan Nabi Muhammad SAW.

“Saya selaku pemimpin bertanggungjawab berlaku adil kepada semua,” katanya.

Beliau berkata kerajaan negeri menyalurkan peruntukan RM100 juta kepada UNIFOR.

Tahun ini peruntukan itu ditambah RM10 juta lagi menjadikan keseluruhan RM110 juta.

Peruntukan itu menyokong pelaksanaan pelbagai inisiatif termasuk dalam bidang pendidikan.

Menurut beliau, peruntukan itu turut memberi manfaat kepada institusi pendidikan seperti sekolah mubaligh dan sekolah Cina di Sarawak.

Sekolah-sekolah itu turut dihadiri pelajar Islam dan Bumiputera.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

Dah Sing Bank Reinforces VIP Banking’s Insight-led, Holistic Wealth Management Proposition

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 4 February 2026 - Dah Sing Bank, Limited ("the Bank") today introduced its new VIP Banking campaign, "Intelligent Wealth Solutions ∙ Unlocking New Opportunities ("智策 新機遇"), which underscores the Bank's commitment to empowering affluent and high net worth customers navigate an increasingly dynamic investment market.
spot_img

Popular Categories