the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, June 28, 2026
31.1 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Lebih 10,000 pengunjung dijangka meriahkan pelancaran sambutan Bulan Kebangsaan di Muar

PUTRAJAYA: Lebih 10,000 pengunjung dijangka memeriahkan Majlis Peluncuran Sambutan Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2025 dan acara sampingan yang akan berlangsung selama tiga hari di Dataran Tanjung Emas, Muar, Johor bermula pada 25 Julai ini.

Ketua Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen) Julina Johan berkata perkhidmatan bas ulang-alik dan tempat letak kereta percuma akan disediakan bagi memudahkan pergerakan pengunjung ke lokasi acara.

“Empat bas akan disediakan dari Terminal Bentayan dan kawasan di sekitar Muar, dengan kekerapan antara 10 hingga 15 minit,“ katanya pada taklimat media berhubung acara itu di sini hari ini.

Mengulas mengenai pengisian majlis berkenaan, Julina berkata acara kemuncak pelancaran akan diadakan pada 27 Julai (Ahad) dan dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, diiringi semua anggota Jemaah Menteri.

Antara tumpuan utama ialah pelepasan rasmi Kembara Jalur Gemilang 2025 yang buat julung kali menyaksikan penglibatan kontinjen air, merangkumi 59 bot nelayan, dua bot Jabatan Laut, tiga bot Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan dua bot Polis Marin.

Julina berkata acara prapelancaran bermula dari 25 Julai akan menampilkan pelbagai program berpaksikan rakyat seperti tayangan filem kenegaraan, sesi komuniti bersama penduduk setempat serta Karnival Kita MADANI yang berlangsung hingga 27 Julai.

Karnival itu menghimpunkan pelbagai reruai perkhidmatan kerajaan termasuk kaunter diskaun saman Polis Diraja Malaysia hingga 30 peratus, pemeriksaan kesihatan percuma, jualan RAHMAH dan Kasih Johor serta khidmat nasihat perniagaan kepada golongan belia.

“Karnival Kita MADANI merupakan inisiatif JaPen yang kita laksanakan khusus menjelang peluncuran sambutan Bulan Kebangsaan. Kita turun padang menyantuni rakyat, khususnya di Bandar Maharani Muar,” katanya.

Pada 26 Julai, Julina berkata Program Bakti Komuniti MADANI akan diadakan di Taman Tun Sulaiman Ninam Shah, bermula pada 8 pagi dengan pelbagai aktiviti kerakyatan seperti gotong-royong, kenduri rakyat, penyelenggaraan surau serta perkhidmatan gunting rambut dan tukar minyak hitam percuma.

Acara itu akan dirasmikan oleh Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching pada 11.30 pagi, diikuti jamuan rakyat.

Turut berlangsung pada hari sama ialah Permukiman Komuniti MADANI Semenanjung 2025 di Mini Stadium Bistari, Ayer Keroh, Melaka yang menghimpunkan lebih 2,300 ahli Komuniti MADANI dan akan dirasmikan oleh Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil.

Pada sebelah malam pula, pengunjung akan dihiburkan dengan pertandingan nyanyian Suara MADANI yang terbuka kepada semua lapisan masyarakat dan menampilkan lagu-lagu patriotik.

Pemenang tempat pertama akan membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM1,000, tempat kedua RM700 dan tempat ketiga RM500 serta lima hadiah saguhati sebanyak RM200 setiap seorang.

Hari kemuncak pada 27 Julai akan dimulakan seawal 7 pagi dengan Merdeka Fun Run & Walk sejauh 6.8 kilometer yang terbuka secara percuma kepada semua rakyat Malaysia.

“Sebanyak 1,000 peserta terawal akan menerima kemeja-T manakala pingat edisi khas disediakan kepada peserta yang menghabiskan larian,” kata Julina, sambil menambah larian akan diiringi persembahan kenegaraan dan peserta digalakkan memakai baju bertemakan rona Jalur Gemilang.

Sambutan Hari Kebangsaan 2025 akan diadakan pada 31 Ogos di Dataran Putrajaya manakala sambutan Hari Malaysia pula berlangsung pada 16 Sept di Pulau Pinang dengan tema “Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni”.

Maklumat mengenai sambutan Bulan Kebangsaan dan Hari Malaysia serta acara-acara berkaitan boleh didapati melalui portal rasmi www.merdeka360.my atau platform media sosial Merdeka360 di Facebook, Instagram dan X.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Bank of China (Hong Kong) x Television Broadcasts Limited (“TVB”) “Wealth Management Expo 2026”...

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 27 June 2026 - The "Wealth Management Expo 2026", powered by Bank of China (Hong Kong) ("BOCHK") and organised by TVB under the theme of "Empowering Enterprises to Go Global, Pioneering the Blue Ocean of Silver Economy", was successfully held today.

Vinmec Launches Vietnam’s First Integrated High-Tech Robotic Surgery Network, Establishing the Country’s First Multi-Connected...

HANOI, VIETNAM - Media OutReach Newswire – 27 June 2026 - Vinmec Healthcare System today officially launched its nationwide network of High-Tech Robotic Surgery Centers, marking a major milestone in the advancement of surgical innovation in Vietnam.

Flash Sports & Media, Inc. Unveils Plan to Build the Next Tier of T20...

Tampa, Florida - Newsfile Corp. - June 26, 2026 - Flash Sports & Media, Inc. (NASDAQ: FLZH), a sports media and content company focused on the global cricket industry, today announced the release of its 2026 Investor Presentation filed with the U.S. Securities and Exchange Commission on Form 8-K, outlining the Company's strategic vision to build the first vertically integrated, multi-market T20 cricket platform on a public exchange.

OneGrowth 2026: Shared AI Token Era Ahead China Telecom Global Partner Conference Held

On June 25, 2026, the China Telecom Global Partner Conference convened in Shanghai. Centered on the theme of "OneGrowth 2026: Shared AI Token Era Ahead," the event brought together leading global telcos, key ecosystem partners, and prominent clients from both domestic and international markets.

Hong Kong celebrates surge of global enterprises driving investment and opportunities

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire – 26 June 2026 – More than 380 representatives of global enterprises joined a welcome reception yesterday (June 25) for 413 newly arrived or expanded overseas and Chinese Mainland companies in Hong Kong.

HONMA Golf FY2025/26 Results Remained Resilient Sales and Net Profit Showed Visible Improvements

HONMA Golf posted resilient FY2025/26 results with higher revenue and a return to profit, supported by strong growth in Korea, successful product launches, improved distribution channels, and continued investment in innovation and brand development.

From Millennium Xuan Paper to Contemporary Visual Storytelling: China’s Intangible Cultural Heritage Sets Off...

The drama Zhong Mo Yuan brings UNESCO-recognised Xuan paper-making to contemporary audiences, using visual storytelling to highlight China's intangible cultural heritage while promoting cultural preservation, craftsmanship, and international appreciation.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings