the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, December 5, 2025
24.4 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Lelaki Malaysia ditahan di Thailand disyaki pengedar dadah sindiket

Polis Thailand tahan lelaki Malaysia bersama 75kg ketamin dalam kereta, disyaki transporter sindiket dadah rentas sempadan dengan nilai RM9 juta

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki Malaysia berusia 25 tahun ditahan pihak berkuasa Thailand bersama 75 kilogram ketamin di dalam kereta yang dipandunya.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman Datuk Hussein Omar Khan berkata pihaknya dimaklumkan tentang tangkapan itu oleh Biro Pembanterasan Narkotik Polis Thailand melalui saluran rasmi.

“Lelaki terbabit ditahan ketika sekatan jalan raya di Wilayah Chumphon dengan rampasan 75kg dadah jenis ketamin yang ditemukan di dalam kereta dipandunya pada 6 November,” katanya.

Semakan mendapati suspek yang berasal dari utara mempunyai empat rekod jenayah lampau.

Media Thailand melaporkan suspek ditahan dalam operasi di sekatan jalan Mukim Hong Charoen, daerah Tha Sae, Wilayah Chumphon di Selatan Thailand.

Polis menahan sebuah kereta Nissan berwarna hitam dengan nombor pendaftaran Malaysia yang kelihatan mencurigakan.

Pemeriksaan menggunakan mesin X-ray menemukan ruang rahsia di bahagian belakang kenderaan tersebut.

Pemeriksaan lanjut menjumpai bungkusan plastik vakum berisi ketamin seberat 75kg dianggarkan bernilai lebih 70 juta baht atau kira-kira RM9 juta.

Dadah itu disorok rapi di dalam ruang tersembunyi terbabit.

Suspek mengaku diupah oleh individu tidak dikenali untuk memandu kereta dari Bangkok ke Malaysia dengan bayaran RM5,000.

Namun beliau mendakwa tidak mengetahui kenderaan itu mengandungi bahan terlarang.

Suspek ditahan atas kesalahan memiliki dan menjual bahan psikotropik Kategori 2 tanpa kebenaran bagi tujuan komersial. – Bernama

Related

spot_img

Latest

ZTE and MMU Expand Collaboration to Advance Malaysia’s AI, Cybersecurity, and Digital Talent Development

KUALA LUMPUR, MALAYSIA- Media OutReach Newswire - 5 December 2025 - ZTE Corporation(0763.HK / 000063.SZ), a global leading provider of integrated information and communication technology solutions, today announced the expansion of its collaboration with Multimedia University ("MMU") through the signing of an official addendum, exchanged during the closing ceremony of the PRESTIJ program, "Shaping the Future-fit Public Services with Cybersecurity in the AI Landscape."

Conow Unveiled Its AI Energy Solutions at SolarSolutions Düsseldorf 2025

DÜSSELDORF, GERMANY - Media OutReach Newswire - 5 December 2025 - Conow, a global AI energy leader, joined forces with Tuya, a leading AIoT platform provider, at SolarSolutions Düsseldorf 2025 held on December 3–4 at Messe Düsseldorf, booth Q11.

Most Viewed

spot_img

Popular Categories