Sunday, November 9, 2025
29.2 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Lelaki Malaysia ditahan di Thailand tipu warga tempatan RM426,000

The Sun Webdesk

Polis Thailand tahan lelaki Malaysia disyaki tipu warga emas 70 tahun RM426,000 dengan menyamar sebagai pegawai polis dalam sindiket penipuan

BANGKOK: Polis Diraja Thailand menahan seorang lelaki warganegara Malaysia disyaki menyamar sebagai pegawai kerajaan untuk menipu mangsa melebihi RM426,000.

Ketua Bahagian Polis Metropolitan 2 Mej Jen Kiattikul Sonthanan berkata suspek berusia 26 tahun itu ditahan di daerah Don Mueang, Bangkok berdasarkan waran tangkap Mahkamah Jenayah Thonburi.

Beliau berkata suspek yang dikenali sebagai Tan dari Sabah ditahan di sebuah hotel di Soi Saranakhom 3, Don Mueang.

“Polis turut merampas pakaian yang dipakai suspek semasa kejadian, sebuah beg galas hitam, dua telefon bimbit, satu sampul kad SIM AIS kosong, empat kad SIM Singapura yang belum digunakan, satu kad SIM kosong dan tiga kad debit asing,” katanya.

Penahanan itu dibuat susulan laporan oleh mangsa berusia 70 tahun yang menerima panggilan individu menyamar sebagai pegawai polis dari Balai Polis Mueang Khon Kaen.

Individu terbabit mendakwa akaun bank mangsa terpalit dalam kegiatan keldai akaun dan pengubahan wang haram.

Suspek kemudian menghantar mesej, dokumen palsu serta membuat panggilan video bagi membincangkan aset mangsa sebelum mengarahkan mangsa menyediakan wang untuk “pemeriksaan.”

“Mangsa yang terpedaya bertindak mengeluarkan wang tunai, menjual barangan peribadi dan menyerahkan sejumlah 3.3 juta baht kepada suspek,” katanya.

Kiattikul berkata mangsa hanya membuat laporan polis selepas menyedari wang berkenaan tidak dipulangkan seperti dijanjikan.

Penyiasat dari Don Mueang kini bekerjasama dengan polis Thung Khru bagi memperluas siasatan dan menjejaki anggota lain sindiket penipuan itu. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

Personal ties hinder border enforcement

Long-standing familiarity between border enforcement personnel and river communities along Sungai Golok has fostered a pattern of sympathy-driven tolerance that undermines security control
spot_img

Popular Categories

spot_imgspot_img