the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, December 10, 2025
21.7 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Lelaki maut disambar petir di jeti Langkawi

Seorang lelaki berusia 57 tahun maut disambar petir di Jeti Nelayan Teluk Baru, Langkawi ketika pulang dari aktiviti memancing bersama rakan

LANGKAWI: Seorang lelaki maut disambar petir ketika pulang daripada aktiviti memancing bersama rakan-rakannya di Jeti Nelayan Teluk Baru dekat sini.

Ketua Polis Daerah Langkawi ACP Khairul Azhar Nuruddin berkata mangsa, Ishak Hashim, 57, dari Kampung Berjaya disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Sultanah Maliha.

“Mangsa yang juga pemilik bot keluar memancing bersama tiga rakannya pada pukul 8 pagi melalui jeti nelayan tersebut,” katanya dalam kenyataan.

Kira-kira pukul 7.20 malam, mereka semua pulang semula ke jeti selepas selesai memancing ketika hujan lebat dan berlindung di bawah bumbung jeti.

Mangsa sempat mencuci bot dan menunaikan solat maghrib sebelum mengambil keputusan untuk pulang ke rumah walaupun dalam keadaan hujan.

“Semasa hendak mengambil batang pancing, mangsa disambar petir sehingga menyebabkan dia jatuh ke bawah jeti,” jelas Khairul Azhar.

Orang awam yang berada di situ membantu mengangkat mangsa naik ke atas bot sebelum dibawa ke darat.

Mangsa yang tidak sedarkan diri dihantar ke hospital kira-kira pukul 8.35 malam sebelum disahkan meninggal dunia sejam kemudian.

Mayat dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah di Alor Setar untuk proses bedah siasat.

Kes ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Hang Lung Expands Retail Portfolio in Wuxi, Marking Another Milestone of Their V.3 Strategy

ONG KONG AND SHANGHAI - Media OutReach Newswire - 9 December 2025 - Hang Lung Properties Limited (SEHK Stock Code: 00101) ("Hang Lung" or the "Company") today announced a partnership with Wuxi Liangxi City Development Group Co., Ltd.* to secure a long-term operating lease for a landmark commercial redevelopment project in central Wuxi.

Most Viewed

spot_img

Popular Categories