the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, January 9, 2026
22.7 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Lelaki tempatan maut ditembak di Klang

Seorang lelaki tempatan berusia 43 tahun maut ditembak di Taman Wangsa, Klang oleh dua suspek menaiki motosikal. Polis membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

SHAH ALAM: Seorang lelaki tempatan maut ditembak di kawasan Taman Wangsa, Klang tengah malam tadi.

Timbalan Ketua Polis Selangor DCP Mohd Zaini Abu Hassan berkata Pusat Kawalan IPD Klang Selatan menerima maklumat kejadian itu pada 12.30 tengah malam.

Pasukan polis yang tiba di lokasi menemui mayat lelaki berusia lingkungan 43 tahun itu.

Siasatan awal mendapati dua lelaki menaiki motosikal dipercayai telah melepaskan dua das tembakan ke arah mangsa sebelum melarikan diri.

Mayat mangsa telah dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang untuk bedah siasat.

Bahagian Siasatan Jenayah IPD Klang Selatan telah membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan atas kesalahan membunuh.

Orang awam yang mempunyai maklumat diminta menghubungi IPD Klang Selatan di talian 03-33762222 untuk membantu siasatan.

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

Hong Kong Tech Firms Win Big at CES 2026 with Frontier Tech Innovations to Draw Global Buyer Interest

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 8 January 2026 – Hong Kong Science and Technology Parks Corporation (HKSTP) and Hong Kong Trade Development Council (HKTDC), supported by the Hong Kong Electronic Industries Association (HKEIA), led the largest ever delegation of 61 Hong Kong tech companies to the annual Consumer Electronics Show (CES) in Las Vegas from January 6-9. In just the first two days, the Hong Kong Tech Pavilion drew visits from dozens of international brands, industry leaders and investors to explore the latest innovations, and potential collaboration opportunities.
spot_img

Popular Categories