the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, February 3, 2026
26.3 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Lima wanita didenda RM1,000 kerana bergaduh di Pasar Melor

Lima wanita dijatuhi denda RM1,000 atau penjara tiga bulan selepas mengaku bersalah bergaduh di Pasar Melor, Kota Bharu.

KOTA BHARU: Lima wanita daripada dua keluarga telah didenda RM1,000 setiap seorang oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Mereka mengaku bersalah atas pertuduhan bergaduh di hadapan Pasar Melor pada 25 Disember lepas.

Majistret Rais Imran Hamid turut memerintahkan hukuman penjara tiga bulan jika mereka gagal membayar denda.

Kesemua tertuduh ialah Rozita Ramli, 47, anaknya Aleeya Maisara Hasbullah,19, serta menantunya Siti Nor Bakyah Abdullah, 19.

Turut didakwa ialah Siti Sara Suaini, 30, bersama adiknya Siti Mastura Suaini, 28.

Perbuatan mereka didakwa mengikut Seksyen 160 Kanun Keseksaan.

Kesalahan itu berlaku di tempat awam pada kira-kira 2.30 petang.

Hukuman maksimum di bawah seksyen tersebut ialah penjara enam bulan atau denda RM1,000 atau kedua-duanya sekali.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Nadzir Abdullah.

Kesemua tertuduh diwakili oleh peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan Siti Atikah Abd Halim.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

Aon names Karl Hamann as chief executive officer, Philippines

Karl Hamann has been appointed CEO of Aon Philippines, bringing over 30 years of regional leadership experience to drive integrated solutions, client engagement, and business growth.
spot_img

Popular Categories