the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, January 15, 2026
23.1 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Lubang benam muncul di Jalan Dato Ismail Hashim, Bayan Lepas

Sebuah lubang benam terbentuk di Jalan Dato Ismail Hashim, Bayan Lepas menyebabkan laluan ditutup sementara, tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

BAYAN LEPAS: Sebuah lubang benam telah terbentuk di Jalan Dato Ismail Hashim, Sungai Ara di sini hari ini.

Kejadian itu menyebabkan laluan berkenaan terpaksa ditutup sementara kepada pengguna jalan raya.

Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Pengangkutan dan Digital negeri Zairil Khir Johari berkata pihaknya telah dimaklumkan mengenai insiden tersebut.

“Jabatan Kerja Raya (JKR) telah digerakkan ke lokasi untuk melaksanakan kerja-kerja mitigasi kecemasan,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Beliau menegaskan langkah itu diambil bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya.

“Tiada kemalangan jiwa dilaporkan setakat ini,” tambah Zairil.

Beliau menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati ketika melalui kawasan terbabit.

Orang ramai juga diminta mematuhi arahan anggota bertugas di lokasi.

Kejadian itu mula tular di media sosial menunjukkan lubang benam berhampiran persimpangan jalan.

Keadaan itu menimbulkan kebimbangan orang ramai terhadap risiko keselamatan di kawasan berkenaan. – Bernama

Related

spot_img

Latest

MOSTI lancar dua dokumen strategik pacu ekonomi bernilai tinggi

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi melancarkan Laporan Indeks Inovasi Malaysia 2025 dan Laporan STI Foresight 2025-2040 sebagai asas pembangunan ekonomi berteraskan bakat dan inovasi.

MAG set to operate more than 2,400 flights for CNY

Malaysia Airlines will operate up to 1,498 flights, with an additional 130 services to support heightened festive travel demand while Firefly will operate up to 962 flights between Feb 13 and 23, with up to 68 additional services.

Most Viewed

spot_img

Popular Categories