the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, January 13, 2026
21.7 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Mahkamah benar Lim Guan Eng dapatkan pasport secara kekal

KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen di sini hari ini membenarkan permohonan Lim Guan Eng untuk mendapatkan pasport antarabangsanya secara kekal kerana bekas Ketua Menteri Pulau Pinang itu dikehendaki ke luar negara dengan kerap atas tugasan rasmi.

Hakim Azura Alwi berkata bagaimanapun, syarat jaminan itu digantikan dengan arahan bahawa Lim perlu melaporkan diri ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang pada minggu pertama setiap bulan sehingga kes selesai manakala jumlah ikat jamin sebanyak RM1 juta dikekalkan.

Terdahulu, peguam Mohd Haijan Omar memaklumkan bahawa Lim telah dilantik sebagai seorang daripada Pengerusi Kehormat ASEAN-China bagi Pemerkasaan Kerjasama dan Pembangunan Perindustrian (ACAPICD).

“Sebagai seorang daripada Pengerusi Kehormat ACAPICD, pemohon dikehendaki pergi ke luar negara dengan kerap untuk menghadiri mesyuarat, konvensyen atau pameran antarabangsa.

“Pemohon memohon pasport secara kekal bukan untuk bercuti tetapi untuk tujuan rasmi bagi mewakili Kerajaan Malaysia dan tanpa kehadiran beliau, tiada orang lain boleh hadir atas kapasiti pemohon… sekiranya pemohon kerap membuat permohonan pasport, ia akan meremehkan dan memalukan tertuduh,“ katanya.

Timbalan Pendakwa Raya Farah Yasmin Salleh pula membantah permohonan itu atas alasan mahkamah perlu mengambil kira faktor keseriusan dan hukuman yang diperuntuk oleh undang-undang bagi kesalahan dihadapi Lim selain peluang yang wujud untuk tertuduh melarikan diri.

“Pemohon mempunyai peluang untuk mengganggu saksi-saksi pendakwaan dengan kedudukan beliau sebagai seorang ahli politik yang berpengaruh… oleh sebab itu, satu jumlah jaminan yang tinggi dengan syarat-syarat ketat sepertimana dicadangkan adalah penting untuk memberi peringatan kepada tertuduh agar tidak cenderung ke arah melakukannya,“ kata beliau.

Mengikut pertuduhan pindaan pertama, Lim, 64, didakwa sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang ketika itu menggunakan kedudukan beliau untuk menerima RM3.3 juta dengan membantu syarikat milik Zarul Ahmad dilantik melaksanakan Projek Pembinaan Jalan-Jalan Utama dan Terowong di Pulau Pinang bernilai RM6,341,383,702 antara Januari 2011 dan Ogos 2017 di Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang.

Bagi pertuduhan pindaan kedua, Ahli Parlimen Bagan itu didakwa meminta suapan 10 peratus daripada keuntungan yang akan diperoleh daripada Zarul Ahmad sebagai upah bagi membantu syarikat milik ahli perniagaan itu dilantik untuk projek sama berhampiran Hotel The Gardens, Lingkaran Syed Putra, Mid Valley City di sini antara 12.30 tengah malam dan 2 pagi pada Mac 2011.

Beliau turut berdepan dua pertuduhan menyebabkan dua lot tanah milik kerajaan Pulau Pinang bernilai RM208.8 juta dilupuskan kepada syarikat pemaju berkaitan projek terowong dasar laut di negeri itu yang didakwa dilakukan di Pejabat Tanah dan Galian Negeri Pulau Pinang, Komtar pada 17 Feb 2015 dan 22 Mac 2017. – Bernama

Related

spot_img

Latest

HDBank completes issuance of US$100 million green bonds to international investors

HO CHI MINH CITY, VIETNAM - Media OutReach Newswire - 12 January 2026 - Ho Chi Minh City Development Commercial Bank (HDBank, ticker symbol: HDB) has successfully issued a second tranche of international green bonds worth US$50 million to the Dutch Entrepreneurial Development Bank (FMO) and British International Investment (BII), the UK's development finance institution and impact investor, completing its $100 million international green bond initiative in 2025.

Hang Lung Enters the Next Phase in Its Sustainability Journey with Ambitious New Targets

HONG KONG SAR and SHANGHAI, CHINA - Media OutReach Newswire - 12 January 2026 - Hang Lung Properties Limited (SEHK stock code: 00101) ("Hang Lung" or the "Company") today announces a new phase in its sustainability journey, unveiling 20 refreshed 2030 targets that build on its success in achieving its 25 x 25 Sustainability Targets.

Most Viewed

spot_img

Popular Categories